Kita Kena Mulakan Dari Hati

Bila orang pandang rendah pada Anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati Anda, satu ujian pada sikap Anda juga. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.

Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa ambik kisah, tapi dia tahu orang tu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu yang positif.

Orang yang cool saja biasanya berattitude positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.

Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita, hati kita. Orang-orang berjaya hati mereka bersih sentiasa, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.

Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita.

IKUT KATA SUARA HATI

Orang Tak Senang Melihat Kita Senang

Kita boleh terperangkap masuk ke pemikiran negatif tak sampai satu saat sebab kita biasanya cepat naik marah. Orang sekeliling akan berusaha sekuat mungkin membuat kita marah, membuat kita geram. Kekadang sengaja nak mengenakan kita, supaya kita cepat marah.

Mereka seronok kacau kita.

Bila Anda memilih untuk menjadi sesuatu yang lain dan lari dari kebiasaan, Anda akan berdepan dengan seribu satu kesusahan, halangan, cabaran, tekanan, kemarahan dan kerumitan sebab tak ramai orang suka melihat Anda senang.

Tak ramai orang suka melihat Anda berusaha memperbaiki diri Anda. Buka mata, lihat sekeliling Anda lalu fikir, Anda akan setuju dengan apa yang saya kata.

Nak lawan fikiran negatif, caranya fokus fikiran 100% pada yang positif! Jangan lawan fikiran negatif, tapi latih diri untuk sentiasa ke arah fikiran positif. Lama-kelamaan diri Anda akan terbiasa berfikiran positif!.

Sebab? Apa yang kita lawan, itulah yang akan makin banyak kita dapat. Kita lawan penyakit, kita akan makin banyak dapat penyakit kerana difikiran kita penuh dengan perkara-perkara berkaitan penyakit.

Jadi, mengapa kita tak fokus pada usaha membina kesihatan?

Bukankah itu penyelesaian yang lebih baik kesannya?

Telandan yang kita dapat pelajar kali ni adalah, kita kena terima hakikat, orang tak senang melihat kita senang. Mereka tak senang melihat kita rajin memperbaiki diri, sebab mereka tak suka kita lebih maju daripada mereka.

Lupakan mereka, biarkan mereka. Diri kita, kejayaan kita, itu lebih penting dari asyik melayan sakit hati kita pada orang yang tak senang melihat kita senang.