Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold" .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Membentuk Tabiat Remaja Cemerlang

"UNTUK MENJADI REMAJA CEMERLANG, ANDA PERLU TAHU APA DAN MENGAPA ANDA HARUS CEMERLANG".

PADA suatu ketika, seorang guru telah membawa sekumpulan remaja yarig merupakan anak-anak muridnya ke sebuah hutan lipur. Remaja itu agak liar dan sering kali melanggar peraturan. Guru itu telah memberi tugasan kepada remaja itu semasa mereka mengembara di dalam hutan. Mula-mula, guru tersebut meminta mereka mencabut anak-anak pokok yang setinggi lutut. Tanpa banyak soal, para remaja itu mencabut dengan mudah anak-anak pokok itu. Kemudian, apabila sampai lebih jauh ke dalam hutan, guru itu meminta pula mereka mencabut anak-anak pokok setinggi paras bahu mereka. Kali ini remaja-remaja berkenaan mula mengeluh. Ah! Susahnya, kata mereka, Namun, selepas bersusah-payah dan saling membantu, mereka berjayajuga mencabut pokok-pokok kecil itu. Akhirnya, tibalah mereka ke kawasan hutan yang paling dalam dan dipenuhi dengan pokok-pokok tua berusia ratusan tahun. Guru itu meminta pula mereka mencabut pokok-pokok sebesar sepemeluk atau lebih besar daripada itu. Kali ini o . mereka menggeleng kepala tanda tidak sanggup lagi untuk mencabut pokok sebesar itu! ^
Cerita di atas memaparkan usaha seorang guru untuk menyedarkan anak-anak muridnya tentang TABIAT. Tabiat adalah sesuatu kebiasaan yang kita lakukan dan bermula dengan perlakuan 'kecil-kecilan', hinggalah menjadi amat lumrah dalam hidup kita, Contohnya, seorang remaja yang terlibat dalam kancah penyalahgunaan dadah mungkin bermula dengan menghisap sebatang rokok. Mula-mula sebatang rokok, kemudian menjadi sekotak, dan lama-kelamaan sekartun sehari.
Dalam cerita di atas, guru itu ingin menekankan betapa pada peringkat awal, tabiat mungkin mudah diubah, dilentur, namun lama-kelamaan apabila telah sebati, tabiat sukar hendak diperbaiki lagi.
Begitulah juga jika anda ingin menjadi seorang remaja yang cemerlang. Mulakan usaha secara kecil-kecilan, melangkah dari satu anak tangga ke anak tangga, hingga akhirnya anda menuju ke puncak. Aristotle, seorang ahli falsafah terkemuka mengatakan, 'kita menjadi apa yang selalu kita lakukan. Maka kecemerlangan bukanlah suatu tindakan, tetapi suatu tabiat.'
Stephen R Covey (1997) mentakrifkan tabiat sebagai persilangan pengetahuan, kemahiran, dan keinginan. Pengetahuan merujuk kepada paradigma teori; apa yang perlu dibuat dan mengapa. Kemahiran ialah cara membuat. Keinginan merujuk kepada motivasi dan kemahuan membuat.
Katakan seorang remaja ingin menjadi pelajar cemerlang. Dia mungkin masih belum mampu menerjah kecemerlangan kerana kurang memberi tumpuan di kelas, malas hendak mengulang kaji, sering kali tidur, dan berfoya-foya. Dia mungkin mendapat kesedaran selepas mengikuti program motivasi, atau menghadiri kaunseling yang berterusan.
Namun, kesedaran tentang kepentingan belajar dan, tahu tentang teknik belajar, ini belum mencukupi untuknya menerjah kecemerlangan. Dia hanya akan berjaya apabila mempunyai keinginan dan momentum sikap untuk berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Pembentukan tabiat memerlukan dukungan ketiga-tiga elemen ini. Untuk menjadi remaja cemerlang, anda perlu tahu apa dan mengapa

anda harus cemerlang? Anda kemudian perlukan bimbingan dari segi kemahiran bagaimana hendak cemerlang? Lonjakan ke arah pembentukan tabiat akan berlaku apabila melonjaknya keinginan, kemasyhuran, dan keghairahan anda untuk cemerlang.
Menggarap Pengetahuan dan Keinginan
Langkah pertama, untuk menjadi remaja cemerlang ialah menggarap pengetahuan dan keinginan secara bersama. Anda perlu tahu apakah kecemerlangan, mengapakah anda harus cemerlang, seterusnya anda perlu mencipta keghairahan, dan semangat untuk menjadi cemerlang.
Mengapakah negara melahirkan insan-insan cemerlang seperti Nicol David, Nur Amalina, dan Datin Paduka Dr Sharifah Mazlina, yang masing-masing berjaya mengharumkan negara dalam bidang sukan dan akademik? Jawapannya, ialah mereka semua berjaya menggarap pengetahuan dan keinginan untuk cemerlang. Contohnya Nur Amalina mendapat tahu tentang kejayaan seorang pelajar, Yap Sui Lin menggondol rekod pelajar cemerlang iaitu meraih 16 A dalam SPM. Sebagai pelajar yang sudahpun berada di barisan hadapan, Amalina tercabar untuk memecahkan rekod 16 A dengan meraih 17 A.
Jika anda ingin mengikut jejak langkah mereka, mulakan dengan bermuhasabah diri terlebih dahulu:
o Mengapakah aku datang ke sekolah pada setiap hari?
o Apakah sebenarnya yang ingin aku capai dalam hidupku?
o Betulkah setiap langkah perbuatan yang kulakukan ini?
Jika sukar menjawabnya rujuklah kepada orang yang tahu. Guru di sekolah ada,
ibu bapa ada, rakan-taulan ada, atau ikuti program motivasi, dan sebagainya. Satu ketika saya pernah berkawan dan terikut-ikut dengan rakan-rakan yang mengamalkan cara hidup rockers sewaktu remaja;
memakai sapu tangan key, memakai jaket rugged, menyimpan rambut panjang, dan sebagainya. Namun pada suatu hari, saya menyoal diri sendiri; apakah sebenarnya yang saya lakukan? BetuI ke apa-apa yang saya buat selama ini?
Selepas bermuhasabah dan berjumpa dengan pakar-pakar agama, saya akhirnya meninggalkan tabiat tersebut dan memulakan tabiat baharu sebagai remaja soleh.
Menggarap Kemahiran
Langkah seterusnya ialah menggarap kemahiran. Setelah anda menyuntik kesedaran dalam diri, membina semangat dan ilmu untuk menerjah kemajuan, anda perlu menggarap kemahiran.
Misalnya, jika ingin menjadi pelajar cemerlang, tidak cukup sekadar menghadiri program motivasi ataupun menitiskan air mata kesedaran. Anda perlu menggarap pelbagai kemahiran pelajar cemerlang seperti:
o Kemahiran mencatat nota
o Kemahiran mengingat dengan berkesan
o Kemahiran membaca dengan pantas dan lain-lain.

10 Langkah Mewujudkan Keyakinan Diri

Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!
SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Ketrampilan Diri

Ramai murid yang agak malu apabila dijemput untuk naik ke pentas atau diminta tampil di depan khalayak sama ada untuk berucap, berpidato atau membuat persembahan. Lazimnya, murid akan saling tolak-menolak menyuruh rakannya untuk ke hadapan. Alangkah ruginya murid itu kerana mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan kepadanya.

Sebenarnya masalah malu untuk berkomunikasi secara formal sudah menjadi budaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan juga murid sekolah rendah. Malah budaya ini terbawa-bawa hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Budaya yang negatif ini sewajarnya dibendung di peringkat sekolah rendah.

Murid mungkin beranggapan ia satu perkara yang remeh tetapi hakikatnya ia adalah satu proses ketrampilan diri yang mampu mempengaruhi motivasi diri dalam pembelajaran. Antara ciri-ciri pembentukan ketrampilan diri ialah:

• Keberanian: Seseorang murid yang berketrampilan ialah mereka yang berani muncul di hadapan untuk memberi pendapat, membuat persembahan atau sekurang-kurangnya memberi jawapan apabila ditanya atau secara sukarela.

• Aras harga diri yang sihat: Kemunculan diri menjadikannya merasai bahawa ia dihargai. Dengan secara tidak lansung akan meningkatkan aras harga diri yang sihat iaitu satu sikap menghargai potensi yang ada pada diri serta mengambil peluang melakukan tindakan yang positif ke arah kemajuan diri dan juga memberi sumbangan kepada orang lain.

• Menjana minda: Apabila seseorang murid itu sentiasa menggalakkan dirinya berinteraksi maka mindanya akan sentiasa bergerak untuk mencari buah fikiran yang baru. Dengan cara ini seseorang murid dapat memperkayakan daya pemikirannya yang seterusnya mampu membantunya dalam peperiksaan nanti.

• Berdaya saing: Murid-murid boleh melibatkan diri dalam berbagai aktiviti seperti aktiviti dalam bilik darjah yang berkaitan dengan pembelajaran ataupun dalam aktiviti luar bilik darjah seperti dalam sesuatu pertandingan atau menjawat sesuatu jawatan dalam persatuan. Aktiviti seumpama ini boleh mewujudkan semangat berdaya saing secara sihat. Semangat seperti ini amat diperlukan kerana ia boleh meningkatkan daya kreativiti serta keinginan untuk berlumba-lumba melakukan sesuatu yang terbaik ke arah kejayaan.

• Peningkatan kemahiran: Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berbahasa serta kemahiran dalam pengucapan awam memerlukan penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti. Penglibatan ini penting kerana ia merupakan satu bentuk latihan amali yang perlu dilakukan. Kekerapan penglibatan seseorang murid akan dapat memperbaiki kesilapan yang dilakukan serta memperkembangkan potensi dan kemahiran diri.

Sesungguhnya setiap murid harus mempunyai ciri-ciri ketrampilan diri tersebut. Ia merupakan satu keperluan terhadap diri sendiri dalam mencapai cita-cita dan memenuhi aspirasi negara.

Langkah-Langkah Bijak Menjelang Peperiksaan


1. Bertenang dan melapangkan fikiran.

2. Melakukan ulangkaji bagi semua topik.

3. Tidur yang mencukupi.

4. Menjaga kesihatan diri.

5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

6. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

7. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

8. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

9. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.

10. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.

11. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

12. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

13. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

14. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

15. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

16. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

17. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.

18. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

19. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

20. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

21. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan