7 FORMULA IBU BAPA CEMERLANG

1. MENGUASAIA ILMU DAN HIKMAT. Dalam surah Luqman ayat 12, Allah menjelaskan bahawa Luqman telah dikurniakan hikmat. Imam Ibn Kathir mentafsirkan hikmat sebagai ‘kefahaman, ilmu dan tadbir (iaitu pengurusan yang baik).’ Justeru ibu bapa perlu menguasai dan memahami ilmu, terutamanya ilmu agama berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Penguasaan ini perlu disusuli dengan pengurusan hidup yang baik. Tampa ilmu dan kefahaman ibu bapa menjadi seperti musafir yang berjalan tanpa peta.

2. MEMENTINGKAN IMAN DAN TAQWA. Berhubung dengan ini, Luqman menjelaskan, jika ada suatu benda yang kecil, seperti biji sawi, disembunyikan di langit, dalam bumi, dalam natu yang besar atau di tempat-tempat lain, Allah tetap mengetahuinya. Hal in disebut dalam surah Luqman ayat 16. Pendidikan Luqman ini bertujuan untuk melahirkan perasaan muraqabah, iaitu merasai bahawa Alah sentiasa melihat gelagat hambanya di mana saja hamba itu berada. Jika perasaan ini menguasai hati seseorang, ia akan menjadi penasihat dan penyelamat bagi seseorang.

3. MEMELIHARA IBADAH. Antara ibadah yang perlu diutamakan ialah solat. Luqman menyuruh anaknya menegakkan solat. Menegakkan solat bermaksud bersolat secara berterusan dengan memelihara waktu-waktu dan tatacaranya, di samping mementingkan khusyuk ketika bersolat. Solat mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak.

4. MEMELIHARA AKHLAK. Antara akhlaq yang ditekankan dalam surah Luqman ialah bersikap tawaduk dan tidak sombong ketika bergaul dengan manusia. Beliau juga mengingatkan anaknya agar bersederhana dalam hidup dan tidak meninggikan suara ketika bercakap. Akhlaq yang mulia berkait rapat dengan iman seseorang.

5. BERSIKAP POSITIF DALAM UJIAN. Dalam konteks ini, surah Luqman ayat 17 mengingatkan anaknya kepentingan sabar dalam hidup. Sbar berkait rapat dengan sikap positif. Dengan penekanan ini anak-anak akan cekal mengharungi pancaroba dan liku-liku kehidupan. Anak-anak juga perlu diingatkan bahawa sabar adalah proses ke arah kejayaan.

6. MEMBINA KEMAHIRAN. Antara kemahiran yang dinyatakan dalam surah Luqman ialah komunikasi berkesan. Luqman menasihati anaknya secara terus tanpa rasa kekok. Ini menunjukkan bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan anak-anak. Ketika memberi nasihat, Luqman menggunakan perumpamaan untuk memudahkan kefahaman. Ini menunjukkan Luqman mempunyai kemahiran berkomunikasi. Antara aspek penting yang perlu ada ketika berkomunikasi ialah kelembutan. Mengiku imam Ahmad dan Baihaqi, nabi bersabda “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi sesebuah keluarga diberikan sifat lemah lembut dalam keluarga itu”.

7. PEKA DAN BERPERANAN. Anak-anak perlu dididik agar berperanan dengan mengajak rakan-rakan mereka kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran (ayat 17). Dengan nilai dan sikap ini, anak-anak tidak akan menjadi golongan yang terpengaruh sebaliknya menjadi golongan yang mempengaruhi.

Kaedah Belajar Berkesan

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

5. Memahami apa yang dibaca.

6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.

11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

Bagaimana Untuk Meledakkan Impian Ke Dalam Minda

Untuk kita berjaya dalam hidup, kita kena ada impian. Impian adalah keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu. Impian bagi sesetengah orang adalah untuk mengecapi kemehawan.

Ada juga orang yang cuma mahu bersederhana tapi bahagia menjalani hidup. Anda bebas nak memilih mana satu.

Apa jua pilihan yang Anda pilih, pastikan ia benar-benar kemahuan hati Anda, bukan didesak oleh dorongan orang lain atau sekadar mahu menunjuk-nunjuk.

Kita perlu ledakkan impian ke dalam minda supaya semangat kita sentiasa membara, supaya kita sentiasa membara, supaya kita terasa hidup kita ada tujuannya.

Andai kata pernah sesekali kita pernah merasa bosan, tak tahu nak buat apa itu maknanya hidup kita tidak ada tujuan. Kita tidak ada impian, cuma keinginan mahu bersenang-senang. Rasa bosan adalah petanda Anda tak tahu apa yang nak dicapai dalam hidup Anda, maka Anda tidak ada gesaan untuk mula berusaha.

Impian boleh diletakkan ke dalam pelbagai aspek hidup, sama ada meletak impian dalam ibadah, kekeluargaan, pekerjaan, perniagaan dan kewangan. Impian adalah matlamat, target, cita-cita, azam yang jitu.

Impian yang benar-benar boleh mencemerlangkan Anda adalah impian yang tidak diubah-ubah, tidak ditukar-tukar sehingga benar-benar berjaya di capai. Itulah sebabnya mengapa kita perlu sentiasa ledakkan impian ke dalam minda.

Bagaimana Untuk Meledakkan Impian Ke Dalam Minda:

1. Sentiasa gambarkan apa yang Anda mahu capai. Imaginasikan seolah-olah Anda mencapainya, bayangkan selalu.

2. Tetapkan impian Anda, tulis dan jangan ubah-ubah. Baca selalu supaya Anda kekal bersemangat untuk mencapai impian Anda walau apa jua musibah yang melanda.

3. Berbincang dengan orang yang optimis dengan Anda, memberi semangat pada Anda, faham dengan keinginan Anda mahu mencapai impian yang Anda set. Pastikan orang itu adalah orang yang positif fikirannya.

4. Cari gambar-gambar yang serupa dengan impian Anda, potong lalu kumpulkan. Anda boleh letak dalam satu peti khas atau lekat di satu tempat khas di dinding bilik tidur Anda supaya Anda dapat melihatnya selalu, mungkin sehingga beratus kali dalam sehari. Setiap kali Anda terlihat gambar-gambar itu, Anda akan jadi bersemangat, lantas teringat impian yang Anda nak capai.

Paling penting, elakkan seboleh mungkin orang lain ternampak gambar-gambar yang Anda kumpul kerana mereka akan memberi komen-komen negatif yang melemahkan semangat Anda, lantas memberi kesan buruk kepada tahap motivasi Anda.

Dorongan Ibu Bapa Bantu Anak Hadapi Peperiksaan

Lazimnya apabila anak menduduki peperiksaan utama persekolahan sama ada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pencapaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ibu bapa yang lebih berasakan ketegangannya.

Pada saat begini, ibu bapa biasanya akan mengambil pelbagai usaha bagi memastikan anak memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan diduduki. Kejayaan dalam peperiksaan sering digunakan sebagai kayu pengukur untuk melihat keupayaan seseorang anak. Ia juga tiket melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mempersiapkan mereka dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Antaranya mewujudkan kemesraan dan bersikap tegas ketika mendidik mereka dan pada masa sama menerima kelebihan selain memperbaiki kelemahan anak.Ibu bapa juga perlu mengelak daripada mengulangi kesilapan tidak membentuk anak supaya bercita-cita tinggi, tidak membantu anak menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang serta menguruskan masa dengan bijak.

Di samping itu, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak, tetapi tidak memberi sokongan atau dorongan ke arah mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mendoakan anak mereka.Selain mengulang kaji pelajaran di rumah, anak juga perlu digalak belajar secara berkumpulan kerana kaedah itu berkesan untuk meningkatkan pengetahuan dan dapat bersoal jawab jika ada perkara kurang jelas.

Lagipun, suasana pembelajaran begini tidak membosankan atau boleh membuat mereka mengantuk.Pelbagai kegiatan yang boleh mereka lakukan bersama seperti berkongsi nota, membanding jawapan dan bersaing sesama sendiri secara sihat.Ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak belajar berterusan tanpa berehat atau beriadah kerana dikhuatiri jika terlampau menerima tekanan, anak boleh sakit ketika hari peperiksaan dan ini pasti akan menjejaskan keupayaan mereka menjawab soalan.

Sebagai ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak, kita boleh membantu meletakkan sasaran bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, berapa muka surat yang boleh diulang kaji setiap hari atau berapa jam sehari untuknya belajar secara berkesan.Jika ini dilakukan secara berterusan, Insya-Allah anak tidak akan panik menjelang minggu peperiksaan. Tekanan biasanya dialami apabila anak kecewa kerana tidak dapat memenuhi kehendak ibu bapa.Oleh itu, tidak mustahil jika tidak lama dulu kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak sekolah rendah membunuh diri kerana mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan. Ibu bapa hari ini boleh dikatakan begitu mengambil berat kemajuan anak.

Malangnya, hasrat murni ibu bapa belum mencapai tahap memuaskan kerana anak Islam hari ini sama ada di bandar atau desa didapati kurang berminat untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Sebagai ibu bapa kita perlu mengajak mereka berfikir mengenai senario akan datang.Peluang untuk masuk ke institusi pengajian tinggi didasarkan kepada merit. Sektor pekerjaan tentu akan terbuka luas kepada calon yang cemerlang. Jika mereka masih leka dan selesa dengan apa yang ada, pasti anak kita akan ketinggalan dalam pelbagai bidang.Pelajar hari ini kelihatan semakin kurang menunjukkan minat membaca.

Masih ramai pelajar menjadikan buku hanya teman ketika menjelang peperiksaan, sedangkan budaya membaca ini perlu dipupuk dan dijadikan amalan harian.Sebagai permulaan, ibu bapa perlu menyediakan satu ruang atau bilik di rumah masing-masing sebagai tempat anak belajar dan membaca. Boleh dikatakan sebilangan besar keluarga mempunyai bahan bacaan di rumah. Bahan ini ada yang disusun dan diguna dengan sempurna dan tidak kurang pula yang tidak menjaganya dengan baik.Ibu bapa perlu berusaha menyusun bahan bacaan seperti menyusun perhiasan di ruang tamu supaya dapat dimanfaatkan oleh anak dari semasa ke semasa.

Bukankah sudah termaktub dalam lipatan sejarah bahawa ayat pertama turun kepada Rasulullah SAW ialah: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah al-Alaq, ayat 1)Ibu bapa memainkan peranan penting mewujudkan budaya membaca. Ibu bapa yang gemar membeli bahan bacaan dan membaca akan menjadi ikutan anak. Berdasarkan ini, ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai kegiatan seisi keluarga seperti budaya solat, makan dan bercuti bersama.Dengan cara ini, budaya ilmu itu secara tidak disedari akan menjadi amalan yang sangat baik bagi kemajuan ummah.Diriwayatkan oleh Abu Nai'm daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Manusia yang terdekat kepada darjat kenabian ialah orang yang berilmu dan berjihad. Ada pun yang berilmu, maka mereka memberi petunjuk kepada manusia daripada apa yang dibawa nabi. Dan yang berjihad, mereka berjuang dengan pedang bagi membela apa yang dibawa nabi."Ibu bapa adalah pembimbing dan pendorong kepada kejayaan seseorang pelajar.

Apapun perancangan yang dibuat jika pelajar sendiri tidak bersikap positif dan memandang serius nasibnya, nescaya segala-galanya akan sia-sia saja.Banyakkan melakukan amalan kerohanian seperti berpuasa, solat hajat, berdoa dan membaca surah Yassin ketika anak menduduki peperiksaan. Amalan ini dapat membantu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka.

Seterusnya bertawakal kepada Allah selepas kita melakukan pelbagai usaha bagi mencapai apa dihajatkan. Firman Allah yang bermaksud: "Apabila kamu bercita-cita maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal."

Kata-Kata Motivasi

“Orang yang suka mencari kesalahan orang lain dan iri hati dengan kejayaan orang lain, pasti tidak akan berjaya dalam hidup. mereka kurang memerhatikan potensi dalam diri mereka kerana terlalu sibuk memerhatikan gelagat orang lain.”

Orang yang suka mencari kesalahan orang lain biasanya adalah orang penyibuk, lebih banyak mengomen kesalahan orang lain, kesilapan orang lain, kekurangan orang lain dari mengomen diri sendiri. Dia menjadi pengkritik tidak berasas.

Oleh kerana mereka iri hati dengan kejayaan orang lain, mereka akan mendoakan kegagalan orang itu. Mereka puas hati bila dia gagal dan mereka cukup suka.

Dalam hidup, apa yang kita doakan pada orang, itulah juga yang akan terjadi pada kita.

Bila kita mendoakan kegagalan orang, suka melihat kegagalan orang, ia akan dibalas pada diri kita. Kita juga akan gagal sama, serupa seperti orang yang kita doakan. Dalam jangka masa panjang, kita tidak akan nampak langsung peluang-peluang kejayaan yang menghampiri diri kita hingga peluang-peluang tadi berlalu begitu saja.

Yelah, dah kita sibuk jaga hal orang, bukan sibuk memajukan diri sendiri, menjaga hal sendiri. Kita tak akan perasan peluang-peluang tu sebab kita tak pernah terfikir nak memajukan diri sendiri.

Gagal - Makna Sebenar Gagal

Apa makna sebenar gagal?

Gagal ialah satu keadaan bila mana apa yang kita buat tak menjadi seperti yang kita inginkan. Ataupun, gagal adalah satu situasi bila kita tak mencapai apa yang kita targetkan, kita tak mendapat apa yang kita mahukan.

Gagal wujud dalam segenap aspek hidup kita. Gagal dalam pelajaran. Gagal mendirikan sembahyang Subuh, gagal mengatur masa kerja dengan baik, gagal memasak dengan cukup sedap, gagal berusaha dengan cukup rajin. Itulah beberapa contoh kegagalan kecil yang kita lakukan.

Setiap hari, bila kita gagal mendirikan sembahyang Subuh, sebagai orang Melayu beragama Islam, kegagalan yang kecil tu akan melarat kepada kegagalan-kegagalan besar. Maka sebab itulah dalam azan, sering dilaungkan frasa “marilah menuju kejayaan” (hayya alal falah) untuk mengingatkan kita.

Gagal hanyalah suatu cara yang salah, satu usaha yang kurang berhasil, boleh juga dipanggil usaha yang dijalankan dengan cara kurang betul. Bukan tak betul, cuma kurang betul.

Kena fikir optimis!