Motivasi Kejayaan – Mindset Fikir & Buat (F&B)

Anda ada banyak idea, saya percaya idea di kepala Anda selalu ada. Tapi, lihatlah tahap pencapaian Anda sekarang, adakah Anda semakin maju, masih di tahap lama atau masih tak maju-maju langsung?

Sekarang ini, tibalah masa untuk Anda majukan diri sendiri.

Jika Anda ada idea, tuliskan segera idea tu dan jangan biasakan diri hanya memain-mainkannya di fikiran. Bagi orang-orang berjaya, idea adalah aset paling berharga kerana idea membuat mereka mencapai lebih banyak kejayaan.

Saya perkenalkan Anda dengan mindset ‘fikir dan buat’, ringkasnya saya panggil sebagai mindset ‘F and B‘ (F&B)..er, bukan Food And Beverage ataupun Face and Book, Facebook!.

Fikir dan buat maksdunya, Anda terfikir satu idea (matlamat) yang Anda mahu capai, tuliskan idea tu (supaya Anda tak lupa), fikirkan strategi kemudian terus buat!

Motivasi Anda akan membara apabila Anda bergerak, yakni melaksanakan apa yang dirancang. Sentiasa fikir dan buat, fikir dan buat. Anda akan perasan yang motivasi Anda tetap membara.

Motivasi Anda tak akan membara (..dan tak akan membara-bara) bila mana Anda terfikir satu idea, Anda tulis kemudian tak buat apa-apa. Idea tu cuma sekadar idea (matlamat) tidak menyumbang apa-apa pada tahap kemajuan diri Anda.

Walaupun Anda berisiko menemui kegagalan, usaha lagi, yang penting Anda teruskan bergerak supaya motivasi dalam diri Anda terus menerus membara.

Cuba tengok bara api yang biasa di guna untuk bakar sate.

Bila bara api tu dah tak dikipas atau dah tak ditiup, makin malaplah kehangatannya, merahnya dah tak ada. Semakin di kipas atau semakin di tiup, kehangatannya ada, nyalannya merahnya terus menerus ada.

Saya percaya Anda ada potensi untuk mencapai kejayaan, cuma mungkin Anda kurang tindakan atau mungkin Anda sudah buat tindakan tapi menemui hasil yang salah.

Secara lumrahnya, untuk menembak satu sasaran dengan tepat kita perlu menembak lebih dari sekali. Begitu juga dalam proses berusaha merealisasikan matlamat.

Untuk membuat usaha kita menjadi usaha yang tepat hingga benar-benar membuahkan hasil, usaha perlu dilakukan lebih dari satu kali, berkali-kali, bahkan mungkin berpuluh kali.

Bersungguh-sungguhlah, walaupun payah.

Motivasi Diri - Perbaiki Diri Melalui Perbuatan

Mulai hari ini, tanya diri Anda, apa yang Anda boleh lakukan untuk menyenangkan orang lain?. Tanya diri Anda, apa yang Anda boleh bantu untuk meringankan beban orang lain?

Apabila Anda memfokuskan fikiran pada usaha membantu orang lain tanpa mengharap balasan, hati Anda akan gembira dibuatnya. Anda akan cukup bersemangat apabila ada orang mengucapkan terima kasih pada Anda, atas pertolongan Anda.

Satu cara yang baik sebagai terapi dalaman untuk mengubah diri kita adalah dengan menjadi orang yang suka menolong orang lain. Tolong dengan apa jua cara, sesuai dengan kemampuan juga kemahiran Anda.

Jika Anda sedang di landa masalah dan Anda cukup tertekan dek memikirkan masalah itu, cari orang lain yang juga bermasalah lalu bantulah dia. Kelak Anda akan menemui kekuatan ketika dalam proses membantu meringankan beban emosi orang yang Anda bantu itu.

Prinsipnya mudah. Anda berikan sesuatu, Anda akan merasai kesannya di dalam jiwa. Apabila kita berikan sesuatu sebagai pertolongan, kita akan merasa yang kita ini ada tujuan hidup. Kita nampak apa fungsi kita dalam kehidupan bermasyarakat.

Kita boleh memperbaiki diri kita melalui perbuatan, dengan syarat perbuatan kita kena selari dengan hati kita.

Kita Sebenarnya........

• Kita sebenarnya….
lebih gembira menyambut 1 januari
daripada menyambut 1 muharam

• Kita sebenarnya…..
lebih tahu apa itu 14 februari
daripada 12 rabiulawal

• Kita sebenarnya……
lebih membesarkan hari sabtu & ahad
daripada hari Jumaat

• Kita sebenarnya……
lebih khusyuk mendengar lagu
daripada mendengar azan

• Kita sebenarnya……
lebih suka lepak,tidur & tengok tv
daripada sembahyang

• Kita sebenarnya……
lebih tahu tentang artis pujaan
daripada nama nabi-nabi Allah

• Kita sebenarnya……
lebih suka menyebut hello & hai!
daripada Assalamualaikum

• Kita sebenarnya……
lebih suka menyanyi
daripada berwirid & bertahmid

• Kita sebenarnya……
lebih suka memuji manusia
daripada pencipta sendiri

• Kita sebenarnya……
lebih suka membaca majalah hiburan
daripada buku-buku agama

• Kita sebenarnya……
lebih suka ke konsert & karaoke
daripada ceramah agama

• Kita sebenarnya……
lebih suka memaki dan mengumpat orang
daripada memuji mereka

• Kita sebenarnya……
lebih cintakan urusan dunia
daripada cintakan urusan akhirat

Tetapi apabila orang bertanya apakah arah tujuan kita, kita pasti akan jawab KITA SEBENARNYA……lebih suka menuju ke syurga daripada ke Neraka. Layakkah kita dengan Syurga milik Allah swt ?

Kehebatan Seorang Pemimpin

“Kegagalan untuk menggembirakan orang bawahan,

merupakan tanda-tanda awal kegagalan seorang pemimpin”



Memang benar, seorang pemimpin tidak akan mampu untuk memuaskan semua orang yang dipimpinnya. Tetapi sekiranya pemimpin tersebut gagal ataupun tidak mampu untuk menggembirakan sebahagian besar daripada orang yang dipimpin, ini menunjukkan ada yang tidak kena dengan pemimpin tersebut. Sebagai contoh, kalau hanya 20 daripada 200 orang yang dipimpin sahaja yang suka kepada corak kepimpinan pemimpin tersebut, ini manunjukkan kegagalan pemimpin berkenaan memimpin dengan berkesan. Di dalam keadaan ini, pemimpin yang terlibat haruslah menilai semula apa yang telah dilakukan disepanjang tempoh kepimpinannya di dalam organisasi atau tempat tersebut. Kesediaan pemimpin berbuat demikian mampu memperbaiki keadaan di masa hadapan

Motivasi Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah hari yang paling saya suka.
Sebabnya ada dua. Sebab pertama, hari Jumaat adalah hari terakhir di dalam hari bekerja kebanyakan sektor awam. Sebab kedua, hari Jumaat ni adalah hari di mana saya dapat jumpa ramai kenalan di masjid, sembahyang Jumaat sama-sama. Ada kenalan lama, ada kenalan baru..er, jangan salah sangka, semua kenalan lelaki saja.
Dari segi motivasi, hari Jumaat adalah hari yang elok untuk kita jadikan hari kita check balik ‘performance’ kita selama 4 hari yang lepas. Ingat balik kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan di minggu ini kemudian tekadlah memperbaikinya di minggu depan. Selain kita ingat balik kesilapan, kita kena perbanyakaan mengingat pencapaian-pencapaian kita, sama ada pencapaian kecil atau pencapaian besar.
Dapat menyempurnakan sembahyang cukup 5 waktu dengan penuh khusyuk dikira sebagai satu pencapaian yang cukup baik bagi seorang Muslim. Anda patut bangga. Dari rasa bangga tu, muncul semangat untuk bersembahyang dengan lebih baik lagi di lain kali.
Dapat sampai ke tempat kerja kemudian dapat menyiapkan tugasan tepat pada waktunya adalah pencapaian cemerlang bagi seorang pekerja. Dapat mengulangkaji pelajaran kemudian dapat menjawap kesemua soalan ujian di dalam kelas adalah pencapaian yang cukup baik pada seorang pelajar. Wajarlah si pelajar mengingati pencapaian tu supaya dia ada motivasi untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan ketika di peperiksaan besar nanti.
Bila kita dipuji, bila kita berjaya mencapai sesuatu, kita akan merasa gembira lantas merasa yakin. Rasa yakin yang timbul tu membuat kita melaksanakan perkara yang sama di lain kali dengan cukup bagus, hebat sekali dengan kesilapan minima.
Kita langsung tak ada keraguan. Sebab itulah pencapaian kita bagus.
Dalam pada itu kita kumpulkan kekuatan untuk menghadapi dugaan-dugaan yang akan mendatang.
Kita tak tahu cemana rupa cabaran yang akan kita temui nanti.
Mungkin ada cabaran yang senang, mungkin ada yang susah, mungkin ada juga yang cukup susah. Walau apapun rupanya nanti, kita kena bersedia.
Moga hari Jumaat dalam minggu ni memberi suntikan motivasi buat diri Anda. Mari bersama-sama memasang tekad mahu menjadikan hari-hari yang seterusnya hari yang terbaik buat kita – di hari itu kita memasang tekad berfikir yang baik-baik, bersangka yang baik-baik, berkata hanya yang baik-baik supaya dengan itu urusan kita dipermudahkan, permasalahan kita dikurangkan.

Kita Gagal Sebab Kita Disuruh Berjaya

Sebut pasal gagal, ramai orang tak suka cakap.
Gagal ni menyakitkan. Tiap kali ingat usaha-usaha kita yang gagal, kita jadi sakit hati.
Untuk membuat kita bermotivasi sentiasa, kita perlu bersangka baik pada apa jua perkara. Ini termasuklah bersangka baik pada kegagalan. Kegagalan amat baik buat diri kita kerana ia membuat kita semakin maju ke depan sebab kita rasa tercabar.
Kita gagal sebab kita disuruh untuk berjaya. Bila dah gagal, itu maknanya kita kena buat lagi dengan lebih baik di masa akan datang. Buat lagi. Andai kata gagal sekali lagi, buat lagi sampai betul-betul menjadi.
Gagal hanyalah satu proses menuju kejayaan.
Setiap orang yang mahu berjaya pasti akan melaluinya. Di dalam kesusahan, ada kesenangan-kesenangan yang kita tak nampak. Semua kesenangan-kesenangan tu menanti untuk kita garap, untuk kita genggam di dalam tangan kita.
Kegagalan amat suka pada orang yang tak berhenti berusaha. Dia usaha, usaha, usaha tanpa mengenal erti penat lelah.
Kegagalan tak suka pada orang yang usahanya hanya sementara, sebab itulah orang yang usahanya asyik berubah-ubah langsung tak pernah mencapai apa-apa kejayaan. Lihat sekeliling Anda, kita leh nampak ada banyak orang camni.
Tak ada cara mudah untuk berjaya, tak ada ’shortcut’ atau jalan pintas.
Anda kena berusaha keras. Anda kena menempuh kegagalan, barulah Anda beroleh kejayaan. Mulai hari ini, serapkan dalam minda yang kegagalan tu sebenarnya bukanlah perkara yang menyakitkan, sebaliknya ia perkara yang baik untuk mendidik Anda menjadi dekat dengan kejayaan.
Secara saikologinya, kita kena dilatih bersusah-susah dahulu, barulah kita boleh beroleh kejayaan.
Jika kita beroleh kejayaan dahulu sebelum bersusah-susah, kejayaan yang kita peroleh tu tak kekal lama, bahkan kita tak akan merasa berdaya mencapai kejayaan-kejayaan seterusnya yang jauh lebih besar, lebih hebat pencapaiannya dari kejayaan sedia ada. Lagipun, minda kita kurang ‘matang’ apabila kita bersenang-senang dulu sebelum kita bersusah-susah.

Mengatasi Kegagalan

Elakkan bergaul dengan orang-orang gagal. Kurangkan.

Kita akan terus gagal apabila bergaul dengan orang gagal.

Bergaul dengan orang gagal yang ada semangat nak berjaya, itu boleh. Bergaul dengan orang gagal yang tak nak keluar dari lembah kegagalan, itu tidak berapa bagus sebab kita akan terpengaruh dengan mindset kegagalan yang diorang guna pakai.

Nak mengeluarkan diri kita dari kegagalan, kita kena dekatkan diri dengan orang yang mahu berjaya. Dapat kenal ngan orang berjaya pastu rapat ngan dia, itu lagi bagus. Aura kejayaan yang terpancar dari dirinya akan meresap masuk ke dalam fikiran kita lantas tersimpan kukuh di minda kita.

Apa yang kita semat di hati, niat kita tu, akan naik ke minda. Minda pula akan bertindak merealisasikannya. Bukan saya yang kata, Dr Tuah kata camtu.

Untuk kita keluar dari kegagalan, niatkan betul-betul di dalam hati yang Anda tidak mahu lagi asyik gagal. Selepas itu, bertindaklah menuju kejayaaan dan jangan pernah menoleh ke belakang lagi. Ubah mindset.

Jangan kata mahu keluar dari lembah kegagalan, sebaliknya katakanlah pada diri sendiri Anda mahu masuk ke lembah kejayaan supaya Anda boleh mencapai berbagai-bagai kejayaan, sama ada kejayaan yang kecil atau kejayaan yang besar dalam bidang yang Anda ceburi sekarang ini.

Gunakan mindset “mencapai kejayaan“, bukan mindset “keluar dari kegagalan“. Hati-hati. Kedua-dua mindset tu memberi impak berlainan pada diri Anda. Saya terangkan ya.

Apabila Anda menggunakan mindset “mencapai kejayaan” Anda akan terjumpa dengan orang-orang yang semangatnya tinggi mahu berjaya dan orang-orang yang sudah berjaya. Semangat Anda nak berjaya akan membara sepanjang masa sebab Anda terpengaruh oleh orang-orang yang dekat dengan Anda tadi.

Sebaliknya apabila Anda menggunakan mindset “keluar dari kegagalan” Anda bagaikan berada di dalam tekanan. Kegagalan lalu seperti selalu menghantui Anda dan selalu mengikuti Anda ke mana saja Anda pergi. Kegagalan lalu menjadi beban yang amat berat buat Anda. Kesannya, nak mencapai kejayaan terasa sukar. Anda terasa ia berat untuk dilakukan.

Hari ini, kurangkan bergaul dengan orang gagal, orang yang dekat dengan kegagalan dan orang-orang yang suka bercakap pasal kegagalan. Walaupun orang gagal tu kawan Anda sendiri, Anda kena berkorban. Terimalah hakikat dia tidak ditakdirkan untuk bersama-sama dengan Anda.

Kurangkan bergaul dengan diorang sebab mindset kegagalan yang tersimpang di minda diorang akan menjangkiti minda Anda lantas membentuk Anda menjadi seperti mereka – suka bercakap pasal kegagalan yang akhirnya membuat Anda terus menerus dihantui kegagalan, bukan disinari oleh api kejayaan dalam perjalanan Anda memburu hasil cemerlang dalam setiap perkara yang Anda lakukan. Semua itu akan membuat Anda merasa sukar untuk mencapai kejayaan simply sebab Anda ‘terkurung’ di dalam mindset kegagalan.

Berdisiplin Dalam Menjaga Fikiran

Dalam artikel lalu saya ada kata kita akan mengalami kesukaran mengawal tanggapan-tanggapan liar yang ada di fikiran kita.

Pada peringkat permulaan, kita akan merasa agak sukar. Sebab, kita sudah terbiasa dengan tanggapan-tanggapan liar tu dan ia menjadi sesuatu yang normal buat kita. Dalam diri kebanyakan orang, kita sudah terbiasa melayan tanggapan-tanggapan liar.

Dalam hidup, setiap perkara mesti ada DUA.

Baik dan buruk, siang dan malam, positif dan negatif, lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan sangkaan-sangkaan kita.

Ada sangkaan-sangkaan buruk, ada sangkaan-sangkaan baik. Kita lebih banyak terdorong untuk bersangka buruk sebab setiap hari kita join orang lain tengok berita yang buruk-buruk, berkata hal yang buruk-buruk, berfikir yang buruk-buruk serta berkata yang buruk-buruk terutama ketika saat kita sakit hati pada sikap seseorang.

Untuk melatih diri kita supaya sentiasa bersangka baik, kita perlu berdisiplin. Tak ada cara lain lagi melainkan berdisiplin. Kita boleh mintak orang lain menilai kita dan mengkritik kita supaya kita boleh tahu kita ni berdisiplin ke tidak.

Elak untuk membiarkan fikiran-fikiran negatif dan tanggapan-tanggapan negatif menguasai Anda. Tiap kali Anda dapati fikiran Anda mengarah kepada fikiran negatif, tukar cepat-cepat. Buang sangkaan-sangkaan buruk dan fikiran-fikiran buruk. Semua tu termasuk dalam kategori fikiran negatif. Kena sedar ya.

Anda perlu mengingatkan diri sendiri, kena selalu ‘alert’ dengan fikiran Anda terutama ketika Anda sedang bersendirian atau ketika fikiran melayang. Berhati-hati dengan apa yang kita selalu fikirkan.

Fikiran buruk menarik situasi-situasi buruk ke dalam hidup kita lalu membuatkan hidup kita penuh dengan masalah-masalah yang tak pernah berkesudahan.

7 Sebab Kenapa Orang Benci Membaca Buku

7 sebab kenapa orang tak suka membaca buku:

  1. Dia anggap membaca ni samalah ngan belajar. Belajar cukup le setakat kat sekolah aje.
  2. Asal membaca je, rasa mengantuk. Asal mengantuk je, mesti time membaca.
  3. Benci meletak matlamat dalam hidup.
  4. Kurang merasa kemanisan membaca.
  5. Kurang mahu memperbaiki hidup.
  6. Ego, berkata membaca tak perlu. Belajar dari pengalaman sudah cukup.
  7. Tak nampak kepetingan ilmu dalam usaha mencapai kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan, kewangan, perhubungan, ibadah dan kekeluargaan.

Tanya diri sendiri, Anda bagaimana? Kurang minat membaca buku?

Ketahuilah hakikat bahawa jika Anda nak mencapai kejayaan, nak tak nak Anda kena melatih diri membaca setiap hari. Dengan membaca, Anda akan dapat tahu lebih banyak perkara untuk menjadikan Anda semakin dekat dengan kejayaan diidamkan.

Cara paling bagus adalah dengan meluangkan masa paling kurang 1 jam setiap hari, paling kurang 2-3 bab dalam sehari. Lama-kelamaan minat membaca tu akan timbul dengan sendirinya. Buat masa ni, biasakan diri membaca sebuah buku seminggu.

Motivasi Kejayaan - 2 Syarat Untuk Berjaya Dalam Hidup

Kali ni dalam motivasi kejayaan, kita bongkar dua syarat untuk berjaya dalam hidup. Syarat ni adalah syarat yang paling asas, iaitu:

1. Meningkatkan daya motivasi.

Motivasi adalah penggerak untuk kita maju ke hadapan. Motivasi kita kena kuat supaya dengan itu kita ada dorongan untuk melepasi segala macam permasalahan dan kegagalan.

Nak menjadi orang berjaya sebenarnya senang tapi Anda akan diuji dengan pelbagai cabaran hingga menjadikan usaha mencapai kejayaan tu sesuatu yang amat sukar. Untuk kita berdepan dengan berbagai kesusahan dan bangkit darinya, kita perlu meningkatkan daya motivasikejayaan. supaya kita tahan berdepan kesukaran-kesukaran dalam proses memburu

2. Meningkatkan keupayaan mental.

Anda tak perlu menjadi genius untuk berjaya dalam hidup.

Anda cuma perlu mental yang kuat, emosi yang utuh dan ilmu yang mantap. Mental Anda perlu cergas. Mental kita boleh ditingkatkan keupayaannya dengan membanyakkan membaca, belajar mengawal emosi, bersangka baik dan belajar menenangkan diri.

Mental kita berada pada tahap paling baik apabila kita berada dalam emosi yang paling tenang.

Untuk itu, kita kena berusaha sedaya upaya bertenang sepanjang masa, relaks, be in control. Apa jua yang berlaku nanti, hadapinya dengan tenang.

Mulai hari ini, tingkatkan tahap motivasi dan meningkatkan keupayaan mental kita. Moga dengan itu, kita beroleh kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan.

Motivasi Diri - Azam Tahun Baru Yang Amat Bagus

Kita masih lagi di mood tahun baru, tahun baru Masihi 2010 dan tahun baru Hijriah mengikut kalendar Islam. Untuk kali ni, saya kongsikan satu azam yang amat bagus untuk menjadikan diri Anda orang yang berfikiran positif.

Azam tu adalah - tekad melatih diri untuk bersangka baik dengan sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan dalam seburuk cemanapun situasinya. Kita memang susah nak bersangka baik pada seseorang apatah lagi orang tu marahkan kita, sakitkan hati kita atau simply perangainya menggeramkan kita.

Apa kata kita bersangka baik saja dengan sikap diorang tu?

Fikir yang baik-baik tentang dirinya, sikapnya, perilakunya, cakapan-cakapannya dan hasil kerjanya. Diorang sebenarnya orang baik, tapi sikap diorang berubah jadi kurang baik disebabkan oleh himpitan masalah dan berbagai musibah. Terima mereka seadanya.

Bersangka baik dengan orang lain adalah tiang kepada sikap berfikiran positif. Andaikata kita sekejap bersangka baik sekejap bersangka buruk, itu maknanya tiang kepada sikap berfikiran positif dalam diri kita kurang teguh, rapuh serta mudah dirobohkan oleh sikap berfikiran negatif.

Molek kiranya pada tahun 2010 ni, kita set azam untuk sentiasa bersangka baik pada setiap orang disekeliling kita, bersangka baik pada setiap situasi yang kita lalui, bersangka baik pada setiap perkara yang datang pada kita walau buruk cemanapun rupanya.

Letak mindset untuk bersangka baik dengan setiap orang pada setiap hari, bermula pada saat Anda bangun pagi.