Faktor-faktor Yang Membezakan Motivasi Belajar Seseorang Dengan Yang Lain.

Beberapa faktor di bawah ini sedikit banyak memberikan penjelasan mengapa terjadi perbezaaan motivasi belajar pada diri setiap orang, di antaranya:

  • Perbezaan fisiologi (physiological needs), seperti rasa lapar, haus, dan sebagainya
  • Perbezaan rasa aman (safety needs), baik secara mental, fizikal, dan intelektual
  • Perbezaan kasih sayang (love needs) yang diterimanya
  • Perbezaan harga diri (self esteem needs). Contohnya ingin memiliki kereta mewah atau rumah mewah, pejabat sendiri, dan lain-lain.

Perbezaan aktualisasi diri (self actualization), tersedianya kesempatan bagi seseorang untuk mengembangkan potensi yang terdapat dalam dirinya sehingga berubah menjadi kemampuan nyata.

Stimulus Motivasi Belajar

Terdapat 2 faktor yang membuat seseorang dapat termotivasi untuk belajar, iaitu:

Pertama, motivasi belajar berasal dari faktor internal. Motivasi ini terbentuk kerana kesedaran diri atas pemahaman betapa pentingnya belajar untuk mengembangkan dirinya dan bekalan untuk menjalani kehidupan.

Kedua, motivasi belajar dari faktor eksternal,iaitu dapat berupa rangsangan dari orang lain, atau lingkungan persekitaran yang dapat memengaruhi psikologi orang yang bersangkutan.

Tips-tips Meningkatkan Motivasi Belajar

Motivasi belajar tidak akan terbentuk apabila orang tersebut tidak mempunyai keinginan, cita-cita, atau menyedari manfaat belajar bagi dirinya. Oleh kerana itu, diperlukan kodinasi tertentu, agar diri kita atau siapa pun juga yang menginginkan semangat untuk belajar dapat termotivasi.Mari, ikuti tips-tips berikut untuk meningkatkan motivasi belajar kita:

Bergaullah dengan orang-orang yang senang belajar :

Bergaul dengan orang-orang yang senang belajar dan berprestasi, akan membuat kita pun gemar belajar. Selain itu, cuba cari orang atau masyarakat yang mempunyai kebiasaan baik dalam belajar. Bertanyalah tentang pengalaman di berbagai tempat kepada orang-orang yang pernah atau sedang melanjutkan pendidikannya ke peringkat yang lebih tinggi, orang-orang yang mendapat biasiswa belajar di luar negeri, atau orang-orang yang mendapat penghargaan atas sebuah prestasi.Kebiasaan dan semangat mereka akan menular kepada kita. Seperti halnya analogi orang yang berteman dengan tukang pandai besi atau penjual minyak wangi. Jika kita bergaul dengan tukang pandai besi, maka kita pun turut terpalit bau bakaran besi, dan jika bergaul dengan penjual minyak wangi, kita pun akan terpalit harumnya minyak wangi.

Belajar apapun :

Pengertian belajar di sini difahami secara luas, baik formal mahupun nonformal. Kita boleh belajar tentang berbagai keterampilan seperti membaiki komputer, belajar menulis, berniaga, , dan lain lain-lainnya.

Belajar dari internet :

Kita boleh memanfaatkan internet untuk bergabung dengan kumpulan orang-orang yang senang belajar. Salah satu wadah untuk kita bertukar pendapat, fikiran, dan memotivasi diri. Sebagai contoh, jika ingin termotivasi untuk belajar bahasa Inggris, kita boleh masuk ke laman Free-English-Course@yahoogroups.com.

Bergaulah dengan orang-orang yang optimis dan selalu berfikiran positif :

Di dunia ini, ada orang yang selalu dilihat optimis walaupun masalah merundung. Kita akan teruja,bersemangat, ghairah, dan rasa optimis jika sering bersosialisasi dengan orang-orang atau berada dalam komuniti seperti itu, dan sebaliknya.

Cari motivator :

Kadangkala, seseorang memerlukan orang lain sebagai pemacu atau mentor dalam menjalani hidup. Misalnya: teman, guru, ataupun pasangan hidup. Anda pun boleh melakukan hal serupa dengan mencari seseorang/komuniti yang dapat membantu mengarahakan atau memotivasi Anda belajar dan meraih prestasi.

"Resepi Kejayaan: Belajar ketika orang lain tidur, bekerja ketika orang lain bermalasan, dan bermimpi ketika orang lain berharap." --William A. Ward

Lebihkan Usaha Dari Memikir

Nak mencapai matlamat kita, impian kita, lebihkan usaha dari memikir. Strategi dan perancangan memang perlu, tapi usaha dua kali ganda amat perlu, apatah lagi usaha Anda melibatkan kerjaya, kewangan dan kekeluargaan.

Orang-orang berjaya melebihkan usaha dari duduk bersembang, berfikir dan mengkritik hal-hal dunia. Mereka diamkan mulut, rajinkan tangan mengerjakan apa yang patut dikerjakan. Jika Anda nak jadi orang berjaya, Anda kena melatih diri sendiri untuk lebih banyak bekerja, berusaha dan kurangkan bercakap, berbahas dan bersembang kosong.

Semua tu boleh, tapi kurangkan. Seminit membuat kerja, lebih berguna dari 11 minit bersembang kosong soal dunia yang kita tak leh kontrol, misalnya ekonomi, penyakit dan inflasi. Jangan hampirkan diri dengan orang yang hanya tahu bercakap, tapi mengelak berusaha.

Jauhkan diri dari orang yang bijak memikir, tapi kurang bijak dalam bertindak. Fikiran hanya menimbulkan idea, tapi realiti terbina bila idea itu diusahakan, dijelmakan ke dunia sebenar. Contoh? Menara berkembar Petronas, Litar F1 Sepang dan kereta Proton hanya idea seorang lelaki tua bernama Tun Dr Mahathir, tapi ia berjaya dijelmakan ke dunia realiti, dunia sebenar kita hanya kerana dia lebihkan usaha dari memikir.

Mulai hari ini, tak kira siapa Anda, suri rumah, student, pekerja, pekebun atau usahawan, lebihkan usaha dari memikir. Memikir hanya diperingkat permulaan, tapi usaha Anda membuat Anda sampai ke akhir garisan. Mungkin, Anda sampai lebih dulu dari orang lain disekeliling Anda!

Kata-kata Motivasi

Apa yang kita tanam, itu yang kita tuai. Kita tanam benih yang baik, siram dengan air yang baik, berikan cahaya matahari di sudut yang sinarannya baik, maka benih itu bercambah menjadi pokok yang baik lalu menghasilkan buah yang amat baik”.

Benih yang kita tanam umpama usaha kita. Misalnya, jika kita nak jadi anak yang cemerlang, berjasa pada ibu bapa dan berjaya dalam bidangnya, maka mulakan usaha hari ini juga, bukan esok lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan, macam kita nak tanam benih.

Andai kata kita tanam bulan depan, lambatlah tumbuh benih tu. Jadi, tidak ada sebab releven untuk kita lambat-lambat memulakan usaha, seperti kita berlambat-lambat menanam sebiji benih. Sirami usaha kita dengan bahan-bahan motivasi, dari pembacaan, pendengaran, sentuhan dan penglihatan, agar kita sentiasa bermotivasi, sentiasa bersemangat dalam berusaha.