Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan

Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.

Masalah begini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.

Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf. Bagaimana dengan anak-anak? Adakah anak-anak juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?

Jika begitu, anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, susah nak jadi bersemangat sebab di hati anak-anak penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif. Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.

Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf, walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda.

Latih diri anak-anak menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati. Kesannya, anak-anak senang di dekati oleh sesiapa saja, even complete strangers. Sesiapa saja akan melihat anda unik lalu tertarik untuk mengenali anda dengan lebih lanjut lagi.

Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan anak-anak menyenangi anak-anak dan bersemangat bila bersama anda.

Hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan.

Be a good friend.

Bicara Luqmanul Hakim

Hai anakku! Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah; orang yang membolehkan dirinya insaf dan sabar menerima nasihat orang lain, tandanya ia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah; berasa hina diri dlm ibadat dan bertaat kepada Allah Taala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepadaNya dan boleh menghindarkan diri daripada maksiat.

Hai anakku! Jauhkanlah dirimu daripada berhutang; sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripada temanmu itu, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.

Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat berat, tetapi akan lebih berat lagi dari itu, bila kau mempunyai tetangga yang jahat.

Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung; walau sedikit sahaja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

Hai anakku! Kalau bertemu dua perkara, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri majlis perkahwinan maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingat diri pulang ke kampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingatkan diri kepada kesenangan duniawi sahaja.

Hai anakku! Janganlah engkau makan sampai berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberi makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

Hai anakku! Janganlah engkau terus-menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya..(yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit, sedang yang pahit bisa menjadi ubat)

Hai anakku! Makanlah makanan bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, rundingkanlah urusanmu dengan alim ulama (dengan cara meminta nasihat kepadanya)

Hai anakku! Bukanlah baik namaya bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang sedang diperoleh belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya seperti perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkannya lalu dipikulnya tetapi dia tak larat membawanya, namun dia terus menambah lagi.

Hormat Diri

Sebab Anda kurang keyakinan diri adalah kerana Anda memiliki sifat Hormat Diri Rendah. Manakala Hormat Diri Tinggi adalah satu perasaan yang Anda miliki tentang diri sendiri. Orang memiliki Hormat Diri Tinggi bersyukur pada keunikan yang dikurniakan pada dirinya. Dia menghargai keunikan itu, menerima hakikat apa yang ada pada dirinya takkan sama dengan apa yang ada pada orang lain.

Bakat adalah salah satu daripada sifat unik dimiliki semua orang. Walaupun ada bakat serupa, tapi levelnya berbeza-beza. Itu sudah cukup sebagai bukti kita semua unik. Serupa, tapi tak sama. Contoh, ada beribu menteri di negara kita.

Dalam ribuan, hanya seorang saja yang akan muncul sebagai Perdana Menteri. Sudah tentu bakatnya dalam politik berbeza, dari segi kepimpinan, intelektual dan visi masing-masing.
Ada ramai pelawak, tapi semua takkan sama dengan Saiful Apek, Zizan, Johan, Nabil. Setiap seorang ada gaya berbeza, walaupun memiliki bakat sama sebagai pelawak.

Hormat diri mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak, bercakap dan respon pada apa jua berlaku di sekeliling kita, misalnya kejayaan orang, cabaran hidup, permasalahan, kegagalan, kesilapan.

Guna Masa Lapang Dengan Bijak

Kali ni saya kongsikan kata-kata motivasi dari C.K Brightbill..

“Masa hadapan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan, tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana”.

Usaha menentukan segalanya. Berpendidikan atau tidak, hanya orang yang rajin berusaha saja mampu menggapai kejayaan dalam kerjaya, kewangan dan perniagaan. Orang-orang yang berjaya mampu mencapai kehebatan kerana berusaha dua kali ganda daripada orang yang biasa, sanggup melakukan apa yang tak sanggup di lakukan oleh orang biasa.

Orang biasa pula, menggunakan masa lapangnya hanya untuk bersantai, berehat dan bermalas-malas. Sedangkan dalam masa yang sama, orang-orang yang berjaya (yang semestinya luar biasa!) bertungkus-lumus berusaha serta memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin, sekualiti yang mungkin.

Bagi mereka, biar susah dulu sekarang, senang kemudian. Biar sibuk sekarang, senang-lenang kemudian.

Cuba tanya diri Anda dengan soalan ini ..
“Apa yang boleh aku lakukan di masa lapangku?”
“Adakah yang aku buat ini baik untuk diriku?”
“Masa depan cemana yang aku mahu sebenarnya?”
“Apa lagi yang belum selesai aku lakukan?”

Soalan-soalan ini, bila ditanya pada diri sendiri membuat Anda fokus, supaya Anda boleh mengisi masa lapang Anda dengan bijak.

Corakkan kecemerlangan hari ini, untuk kejayaan di hari esok!

Antara MoDaL, MoDeL, MeDaL dan MoDuL

TOKOH korporat sentiasa berfikir bagaimana hendak mencari modal. Semasa menjalankan aktiviti perniagaan, mereka juga berikhtiar bagaimana hendak pulang modal. Seterusnya mereka perlu berusaha untuk mencari untung yang berlipat kali ganda setelah ditolak modal asal. Modal terbahagi dua iaitu modal asas perniagaan dalam bentuk harta benda, wang, saham, hartanah dan modal berteraskan kemanusiaan iaitu modal insan.

Manakala golongan artis selalu berangan-angan bagaimana hendak menjadi seorang model. Mereka berlatih bersungguh-sungguh sama ada cara berjalan mahupun gaya fesyen pakaian agar diumumkan sebagai model yang memikat ramai peminat.
Kini, model adalah merupakan suatu kerjaya yang glamor dan mendapat sambutan menggalakkan dari para peminat khasnya golongan muda dan remaja.

Ahli sukan pula setiap hari memerah keringat untuk memburu medal (pingat). Tanpa mengira apa jua warna medal yang diperoleh, mereka tetap tabah untuk merealisasikan hasrat itu.
Bermula dengan pusingan kelayakan, pusingan pertama, kedua, suku akhir, separuh akhir hinggalah ke pertandingan akhir, atlet perlu bersemangat waja memburu medal. Ada tiga medal yang menjadi buruan iaitu emas, perak dan gangsa.

Dari mana datangnya si angsa,
Dari reban turun ke tanah,
Dari mana emas, perak dan gangsa,
Dari atlet yang kuat lagi amanah

Seterusnya golongan akademik terutamanya pensyarah dan para guru begitu asyik membina modul pengajaran dan pembelajaran. Modul perlu dibina, dibincangkan, dipraktikkan, diuji dan jika didapati berkesan ia perlu disebarkan. Tanpa modul yang berkesan, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas memang sukar untuk mencapai objektif yang dihasratkan.

Membanding-Banding Matlamat

Setiap hujung tahun, pasti ramai kawan, kenalan atau ahli keluarga bercakap tentang matlamat mereka dengan Anda.

Anda akan merasa matlamat mereka lebih baik. Terasa macam matlamat diri Anda tak sehebat mana. Lalu, Anda hilang keyakinan diri.

Jika Anda berfikiran begitu, maknanya Anda sedang berfikiran negatif. Matlamat orang lain tak akan pernah sama dengan matlamat Anda. Matlamat Anda tak akan sama dengan matlamat mereka, walaupun nampak serupa.

Sebab, mereka tak akan tahu sejauh mana minda mereka mempunyai ’stamina’ untuk mencapai matlamat itu. Tiada siapa tahu sama ada mereka benar-benar bersemangat mencapai matlamat itu atau hanya sekadar cakapan-cakapan mereka saja. Kita manusia boleh berubah bila-bila masa, sekelip mata.

Orang sekeliling bijak berlakon. Anda pula, nak jadi bermotivasi, kena bijak menganalisa.
Mereka sengaja berlakon supaya kita terpengaruh. Jika Anda benar-benar tekad nak mencapai matlamat Anda, sudah tentu Anda tak mudah dipengaruhi. Anda kena tetap pendirian, kena ’stick’ dengan matlamat Anda sendiri.

Mulai hari ini, usah membanding-banding matlamat Anda dengan matlamat orang lain.
Itu mereka. Ini Anda.

Fikir masa depan Anda dulu kerana susah payah Anda, Anda juga yang rasa nanti.

Matlamat Harian

Dalam 20 orang di Malaysia, hanya 1 orang saja yang set matlamat harian.
Ini satu masalah besar masyarakat kita. Maknanya, hanya ada seorang saja set matlamat harian sepanjang dia hidup.
Matlamat harian adalah senarai target yang anda nak capai, mula dari Anda buka mata di waktu pagi hingga nak tidur. Matlamat harian di set mengikut masa. Jam 8 pagi nanti nak buat apa, jam 12 nak buat apa, jam 5 petang nak buat apa. Itulah maksud matlamat harian.
Untuk sentiasa bermotivasi, Anda mulakan dengan set matlamat harian. Pastikan yang Anda berjaya capai matlamat-matlamat yang Anda set dalam hari itu, hari itu juga. Jangan bawa ke hari berikutnya. Disiplinkan diri Anda.
Jika matlamat harian Anda pada hari itu gagal dicapai, anggap ia kegagalan diri Anda. Usah salahkan diri sendiri, tapi anggaplah sebagai satu sesi pembelajaran. Terima ia, belajar dari kesilapan kemudian set lagi matlamat baru untuk hari esok.
Dalam fikiran, pasang tekad untuk menyempurnakannya, sesempurna yang mungkin, sebaik yang mungkin. Sebaik-baik matlamat adalah matlamat yang bertulis kerana kejayaan orang yang berjaya adalah bermula dengan matlamat yang ditulis.

Sabar

Maaf sebab dah beberapa hari blog Motivasi Santai tidak ada update artikel terbaru. Terlalu banyak cabaran mendepani saya.
Namun, saya tak nak berkata mengenainya, sebab otomatik akan menarik energi negatif. Biarlah rahsia. Bagaimana nak sentiasa sabar mendepani cabaran?
1. Anggap Ia sementara.Cabaran wujud dalam pelbagai bentuk, termasuk masalah, sama ada masalah kewangan atau perhubungan. Kena sabar, sebab nak buat sesuatu yang lain daripada sabar, cabaran menjadi perit jadinya. Cabaran sementara, bila kita anggap cabaran tu kekal, maka kekal le jadinya. Anggap cabaran sesuatu yang sementara.
2. Fokus pada usaha.Tanya diri Anda bagaimana nak mengharungi cabaran lalu menyelesaikan cabaran secara bertahap, langkah demi langkah. Dalam kes saya, teramat-amat sukar nak mencuri masa sekadar sejam semata-mata nak membuka laptop, nak update blog Motivasi Santai, check email, check offline message. Baaaaaanyak wo!
Oleh kerana sukar .Sesukar manapun, usaha saja, sabar sambil buat sungguh-sungguh walaupun payah. Kesungguhan melambangkan kemahuan.

Realiti Adalah Produk minda

Realiti adalah produk daripada minda. Anda membentuk realiti Anda sendiri, beberapa jam akan datang, beberapa hari akan datang, beberapa bulan akan datang melalui bayangan imaginasi yang Anda gambarkan berulang-ulang, terutama bila Anda sakit hati.
Gelombang tenaga minda yang terhasil dari fokusan imaginasi akan menarik orang perseorangan, perkara, situasi dan benda datang pada Anda. Ia sama seperti kita berdoa untuk meminta sesuatu pada Allah Maha Esa.
Realiti yang kita lalu sekarang ini, adalah hasil daripada pemikiran kita lepas-lepas, di beberapa bulan lalu, bahkan beberapa jam yang lalu. Proses ini akan terus berlaku.
Kuasa minda bukan sesuatu yang karut. Walaupun Anda memfokus pada usaha tanpa mempercayai kekuatan kuasa minda, dalam memfokus itu Anda akan sering memikir bagaimana berusaha dengan lebih berhasil lagi, terutama jika Anda seorang usahawan.
Sedar tak sedar, seorang usahawan sering menggunakan kuasa minda untuk memikir idea dan mengatur strategi perniagaan, walaupun menidakkan sebab bercakap hal kuasa minda nampak seperti menjurus pada amalan psikik.
Bila memikir dengan penuh perhatian, fikiran Anda menerbitkan gelombang tenaga yang kuat kerana ia bertumpu pada satu titik, sama seperti cahaya matahari difokuskan pada kertas putih menggunakan kanta, kuat sehingga kerta terbakar. Ia menjadi kuat sebab semua tenaga tertumpu ke situ saja, bukan terbias ke tempat lain.
Bila sudah tertumpu, kuasa minda serta merta menarik apa yang dalam fikiran lebih-lebih lagi jika kerap difikirkan berulang-ulang, sama seperti Anda memfokuskan cahaya matahari berulang-ulang di atas kertas putih yang sama. Kesannya, banyak kesan kertas putih terbakar berwarna hitam.
Jika fikir masalah, kuasa minda menarik masalah. Jika fikir penyelesaian masalah, kuasa minda menarik penyelesaian masalah. Fikir idea, kuasa minda akan menarik idea.

Mengawal Kegugupan Ketika Berucap

Takut adalah emosi di minda. Seperti emosi lain, ia boleh dikawal.

Setiap kali Anda takut, akan wujud perasaan gugup kerana di minda Anda terbayang imej yang Anda takuti, padahal tak semestinya itu yang akan 100% terjadi. Contoh, berucap di depan, sama ada di pentas, di depan kelas atau ketika sesi pembentangan berdepan orang kita hormati (guru, pensyarah, ketua jabatan, pengarah syarikat, CEO atau pengawai-pegawai tinggi).

Takut berucap, sebab dalam kepala akan terbayang wajah audiens mengkritik Anda, kesannya Anda merasa diri Anda tak bagus, walaupun tak semestinya itu yang akan terjadi. Anda sebenarnya meletakkan sempadan pada keupayaan diri sendiri. Perlu pecahkan sempadan dulu, bermula di fikiran.

Cara nak mendepani rasa takut adalah dengan mengecilkan imej wajah audiens yang kita takuti tu, ketika membayangkannya dalam kepala. Kecilkan perlahan-lahan, semakin kecil, semakin mengecil, kecil lagi hingga menjadi saiz sebutir nasi. Bayangkan dalam imaginasi Anda.

Kemudian, bayangkan imej diri yang yakin. Anda nampak diri Anda dengan air muka nampak serius, suara kuat dan jelas, pernafasan terkawal, gaya tangan terkawal, gaya berdiri yang tegap, memandang ke depan dengan penuh berani.

Bayangkan Anda melihat diri Anda dari kaca mata penonton bagaikan Anda duduk ditempat penonton. Anda melihat diri Anda di depan sana berdiri tegak dengan yakin.

Bayangkan audiens kagum dengan kata-kata Anda. Cara lain, bayangkan mereka bangga dengan Anda kerana menyampaikan kata-kata yang sungguh memberi semangat. Bayangkan imej ini sekerap mungkin sebelum Anda tampil ke depan.

Ambil nafas dalam-dalam, tahan 3 saat, kemudian hembus perlahan-lahan. Lakukan teknik pernafasan ini sehingga Anda benar-benar tenang. Pastikan Anda sentiasa dalam keadaan tenang. Biar bertenaga, tapi sentiasa tenang.

CIRI-CIRI POSITIF PEKERJA CEMERLANG

Dari pemerhatian teliti, seorang pekerja cemerlang memiliki 7 ciri-ciri berikut :

*Kerja adalah hobi baginya, kerja macam dah bukan kerja.
*Datang awal, balik lambat.
*Sangat mementingkan disiplin.
*Kualiti kerja lebih dari kualiti yang biasa-biasa.
*Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja walau siapapun mereka.
*Waktu kerja 8 jam, dia balun sampai 10 jam. Kekadang 12 jam!
*Memberi idea unik yang tak terfikir oleh sesiapa untuk memajukan tempat kerja.
*Sentiasa berpakaian kemas, air mukanya tenang selalu.

Jika kita tekad nak membentuk diri memiliki ciri-ciri positif pekerja cemerlang , ubah sikap kepada salah satu daripada 7 sikap di atas. Mula-mula memang agak susah, tapi selalu berlatih akan membuat Anda semakin cekap, semakin terbiasa. Cuba berlakon jadi pekerja cemerlang.

Paling penting, dalam proses berubah, kena banyak bersabar, mesti tahan hati mendengar cakapan-cakapan orang di tempat kerja. Mereka kurang senang melihat sesiapa saja sibuk memajukan diri. Cemburu sebegini perkara biasa di mana-mana. Bak kata Dr HM Tuah, Phd (penyakit hasad dengki).

Apa yang Anda perlu buat? Biarkan saja mereka. Fokus 100% pada diri Anda dulu. Biarkan, walaupun kekadang cakapan-cakapan mereka agak pedas (semata-mata untuk membuat hati Anda jadi panas!).

13 RUKUN BERKOMUNIKASI

1. RANCANG IDEA SEBELUM BERKOMUNIKASI
‘Serulah ke jalan tuhan mu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran yang baik…’ (An.Nahl : Ayat 125)

2. ANALISIS PENDENGAR
- Siapa - Pangkat - Pekerjaan
- Akademik - Bilangan
‘Berbicara kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka masing-masing’ (Riwayat Muslim)

3. ISI BICARA HENDAKLAH BENAR
‘Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.’ (Al Ahzab : Ayat 70)

4. GAYA BAHASA HENDAKLAH BERSESUAIAN
‘Dan katakanlah kepada hamba-hamba Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang baik.’ (Al Isra : Ayat 53)

5. NADA PERCAKAPAN PERLU DIKAWAL & SESUAI
‘..dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai).’ (Luqman : Ayat 19)

6. SUSUNAN MAKLUMAT PERLU JELAS
‘Dan wajibkan kepada Rasul, hanyalah menyampaikan dengan terang dan nyata.’ (An Nur : Ayat 54)

7. BAHASA BADAN PERLU MENYOKONG LISAN
‘ Apabila Rasulullah s.a.w berkhutbah, kedua matanya merah, suaranya lantang (nyaring) dan semangatnya bangkit bagai seorang Panglima perang yang memperingatkan tentang kedatangan musuh yang ingin memerangi umat Islam di ketika pagi atau petangnya.’ (Riwayat Muslim & Ibnu Majah)

8. BERHUJAH DENGAN WARAS
‘Tinggalkan perbantahan kerana perbantahan tidak akan mendatangkan hikmah dan tidak mengamankan daripada fitnah.’ (Riwayat At Tabrani)

9. AMBILKIRA PENDAPAT ORANG LAIN
‘ Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu…’ (Al Imran : Ayat 159)

10. PERLAKUKAN APA YANG DITUTURKAN
‘Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.’ (As Saff : Ayat 2-3)

11. MENINGGALKAN CELAAN DAN MENGUMPAT
‘Celakalah (azablah) untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.’
(Al Humazah : Ayat 1)

12. MENJAUHI TANGGAPAN BURUK PADA ORANG LAIN
‘Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain.’
(Al Hujurat : Ayat 12)

13. MENDENGAR DENGAN BERKESAN

Hidup Ini Mencabar Tetapi Pasti Ada Cara Memenanginya

Hidup ini sememangnya mencabar. Tapi, bagi setiap cabaran, mesti ada cara nak memenanginya.

Andai kita menganggap life is hard maka itulah yang menjadi mindset yang diserap oleh minda separa sedar kita.

Bila dalam fikiran suda terserap life is hard (hidup ini sukar) maka semua yang lakukan akan jadi sukar. Kesannya, Anda jadi tertekan, kurang bermotivasi serta lebih cenderung menyalahkan takdir.

Semua yang keras, pasti ada cara melembutkannya.

Anda ada yang susah, mesti ada cara menukarkannya menjadi senang. Semua yang senang, pasti ada cara menjadikannya lebih senang dari senang yang biasa.

Untuk menjadikan Anda seorang pemenang berdepan dengan cabaran hidup, perlu ada ‘power’.

Power ni datang dari beberapa sumber, antaranya ilmu pengetahuan, semangat yang tinggi dan inspirasi yang tak pernah putus. Lebih banyak sumber ni dikumpul, maka semakin power, semakin energetik Anda jadinya.

Ramai orang berkata, knowledge is power. Itu betul, bahkan telah dibuktikan oleh orang-orang berjaya sebelum ni.

Mereka berjaya kerana mengaplikasikan apa yang mereka tahu. Seperti mereka, Anda juga menjadi lebih power bila mengaplikasikan apa yang Anda tahu.

Selain mengaplikasikan ilmu, Anda boleh berubah menjadi semakin power bila bersemangat tinggi, disamping membara dengan inspirasi setiap masa, setiap kali Anda bernafas bukan setakat sehari dua. Ini cara untuk memenangi cabaran hidup.

Masalah, emosi down, perbalahan, pertengkaran, kesilapan dan kegagalan tetap akan muncul dalam proses kita menempuh cabaran. Tetapi, itu semua sementara.

Lama-kelamaan, semua yang sementara akan menghilang dan sesuatu yang lain akan menggantikan tempatnya, dengan syarat Anda mesti sanggup berubah terlebih dahulu.

Bukan mahu, tapi mesti berubah!

Pandang hidup ini dari sudut yang positif. Cabaran membentuk Anda menjadi seorang yang kuat. Kuat di minda, emosi dan rohani.

Serap masalah menjadi cabaran lalu tukarkan ia menjadi sesuatu yang positif. Berfikiran positif membolehkan diri Anda memenangi cabaran tu lalu menggenggam kejayaan di akhir garisan.

Dalam sejarah tak pernah ada orang berfikiran negatif menang setelah berdepan cabaran, semuanya kecundang.

Jadi, sematkan dalam hati, Anda tekad, BERANI berubah untuk kecemerlangan hidup!

Motivasi Ada Di Mana-mana

Salam pembaca Blog Motivasi Santai.

Moga memulakan hari dengan penuh bersemangat dan penuh motivasi. Saya sungguh bersemangat hari ini.

Ramai dari kita asyik turun naik motivasinya. Tapi, tahukah Anda, motivasi ada di mana-mana? Ia ada di depan mata, cuma Anda yang tak nampak.

Motivasi tak naik-naik sebab Anda tidak ada sesuatu yang boleh menjadi penyuntik motivasi. Kita perlu bijak menafsirkan sekeliling lalu mencari motivasi tersirat di dalamnya.

Bagi saya, di waktu pagi saya menjadikan kerajinan orang lain yang saya lihat sebagai penyuntik motivasi. Mereka terdiri dari golongan rendah, yang menjadi tukang sapu, tukang potong rumput, drebar bas, pemandu lori dan penjual kuih. Saya benar-benar kagum dengan kerajinan mereka kerana mereka bangun bekerja di awal subuh semata-mata nak mencari rezeki.

Di waktu tengahari, saya menjadikan orang-orang professional dan yang berjaya sebagai penyuntik inspirasi. Setiap kali melihat mereka berpakaian kemas, segak dan berjalan dengan penuh yakin, saya jadi cukup bersemangat bekerja!.

Sebelum tidur, mengingat Anda sebagai pembaca blog ini membuat saya tak kering dengan curahan idea, terutama di kala sunyinya malam. Terus terang, tiap kali mengingat Anda dan bila timbul keinginan nak buat orang jadi bersemangat, idea mengalir deras!

Mulai saat ini, Anda perlu berubah. Cari apa yang dapat memotivasikan Anda dan apa yang dapat menjadikan Anda kekal termotivasi.

Ia mungkin benda, perkara, sesuatu, orang, situasi atau peristiwa. Cari saja, Anda akan jumpa.

Motivasi ada di mana-mana, ada pentunjuknya, cuma Yang Maha Esa mahu kita berfikir dahulu, baru dapat menggali motivasi tersirat yang banyak tersimpan di alam semesta ciptaannya. Bila kita mengingat kejayaan-kejayaan orang lain yang pernah kita lihat, baca atau ternampak, ia juga boleh membuat kita bermotivasi.

Pilih salah satu cara dan sesuaikan dengan diri Anda.

Hidup perlu ada motivasi, baru ada prestasi!!

Bertenang Lebih Baik Dari Tertekan

Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.

Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan.

Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang Anda kesali seumur hidup.

Cemana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat Anda tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.

Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada something yang kita tak puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.

Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita ‘immune’ dari stress.

Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.

Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.

LiveSmart

Salam pembaca Blog Mieds

Apa khabar Anda? Doa saya moga Anda makin bermotivasi hendaknya.

Sebagai manusia biasa, saya juga tak dapat mengelak dari sindrom ‘motivasi menurun’.

Benar, saya berani mengakui hal ini, terutama beberapa hari lalu. Bila dalam keadaan tak ada sesiapa yang menyokong dan tiada siapa memberi Anda inspirasi, motivasi senang menurun.

Tapi, ada cara untuk menaikkannya semula. Orang-orang yang berjaya berhadapan dengan berjuta dugaan, cabaran dan kegagalan tapi yang ganjilnya, mereka bangkit, merubah diri jadi bersemangat dan sanggup melakukan apa saja cara halal untuk mencapai matlamat.

Dari apa yang saya analisa, mereka ada teknik tertentu untuk maintain tahap motivasi. Ada yang disokong oleh kasih sayang isteri mereka, anak-anak yang membahagiakan dan kawan-kawan yang sentiasa berkongsi kata-kata semangat.

Ada juga yang menatap gambar-gambar orang yang berjaya sebagai teknik untuk menaikkan motivasi. Contoh terbaik adalah Dr Sheikh Muszaphar.

Ketika latihan di Moscow, dia memenuhkan biliknya dengan gambar angkasawan-angkasawan yang berjaya dalam misi mereka, siap dengan tandatangan masing-masing. Dr Sheikh berkata, setiap kali dia bangun tidur, nampak saja gambar-gambar tu, dia jadi cukup bersemangat!

Tahun lepas, saya melekat gambar idola-idola saya di skrin komputer untuk membuat diri saya bersemangat, setiap kali mula bekerja dan sebelum tidur.

Tahun ini, saya melekat logo LiveStrong di mana-mana saja mata saya melihatnya dan warna kuning sebagai penyuntik inspirasi setiap kali saya bangun pagi. Tuala saya, beg saya dan baju saya, dah tukar ke warna kuning!

Kala mengantuk menyerang, saya ambik pen dan kertas conteng lalu menulis perkataan LiveStrong sebanyak mungkin. Naik semangat dibuatnya!

Tanya diri Anda apa yang membuat Anda bersemangat. Ia mungkin gambar keluarga Anda, gambar kekasih Anda, wajah mak dan ayah atau gambar teman-teman Anda.

Cinta, kasih sayang, semangat kekitaan dan rasa bersyukur adalah penyuntik motivasi yang paling kuat. Hidup perlu bijak, perlu kuat.

Sebab itu, perlu LiveSmart dan LiveStrong!.

Apa Yang Orang Cemerlang Bincangkan

Saya berkongsi kata-kata motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah, dia berpesan :

“Orang-orang gagal suka berbincang mengenai hal orang lain. Orang-orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang-orang berjaya pula, suka berbincang mengenai perkara yang dapat mengubah diri merekanya ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, lebih baik dari yang sebelumnya.”

Bila kita tekad mahu menjadi orang yang cemerlang, hentikan bercakap lebih banyak tentang orang lain, apa yang mereka lakukan, kegagalan mereka, bisnes mereka dan apa yang membuat kita tidak puas hati dengan sikap mereka.

Tetapi, ubah sikap itu dengan memfokus kepada perubahan yang boleh diaplikasikan pada diri Anda sendiri, supaya dapat membentuk Anda menjadi orang yang cemerlang, tak kira cemerlang dalam pelajaran, kerjaya mahupun perniagaan.

Salah satu sikap orang cemerlang adalah, mereka sentiasa berubah supaya dapat memajukan diri kepada level yang lebih baik.

Mereka meniru sikap orang-orang yang lebih cemerlang daripada mereka lalu menyerapnya menjadi sikap diri sendiri.

Tips motivasi kali ini, cari orang-orang cemerlang, tiru pemikiran mereka, mindset mereka dan kalau boleh berkongsi aspirasi mereka, agar Anda juga dapat berjaya seperti mereka!

Selamat Hari Raya - Motivasi Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca blog Mied's

Hari ini sudah masuk 6 Syawal, dan saya kira tidak terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua para pembaca blog Motivasi Kejayaan. Bergembiralah anda di samping keluarga tersayang. Bagi mereka yang tidak sempat untuk pulang beraya di kampung halaman, itu sebenarnya tidak langsung memutuskan ingatan anda kepada mereka di kampung halaman bukan? Kirimkan salam aidilfitri menerusi panggilan telefon, SMS, pun adalah tanda ingatan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog jika sekiranya ada kekurangan, ataupun mana-mana penulisan saya yang mengguris hati sesiapa yang membacanya. Adalah sebenarnya, saya menulis dengan tujuan mendidik, berkongsi dan mengingati diri sendiri dan anda yang lain, maka jika ada terlepas kata, terlepas pandang, itu adalah kelemahan saya sebagai manusia biasa, dan maaf saya hulurkan.

Baiklah, bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya ingin menulis tentang suatu perkara yang sering anda ucapkan, dan ia menarik untuk kita dalami. Perbuatan memohon maaf, dan memaafkan orang lain

Seringkali apabila pergi beraya, anda akan berkata, maaf zahir batin….Dan yang menyambutnya berkata, sama lah kita…0-0 ya!

Perbuatan memohon maaf dan memaafi seseorang yang lain, adalah perbuatan yang mulia. Namun, ia perlulah di lakukan dengan ikhlas! Jangan di mulut sahaja lafaz maaf, tapi di hati : ‘ Ingat senang-senang aku nak maafkan kau?’ Ketahuilah bahawa :

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman: “…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)

Tentu saja anda juga pernah mendengarnya.

Kita Malas Kerana Kurang Keseronokan Dalam Diri

Sebelum menulis artikel motivasi ini, terlebih dahulu saya telah melihat kesannya pada diri sendiri lalu saya rekodkan setiap keputusan.

Kita malas kerana kita kurang keseronokan dalam diri, itu puncanya.

Keseronokan yang cemana? Rasa gembira saat melakukan sesuatu dan rasa enjoy setiap kali melakukan sesuatu.

Sesuatu yang saya maksudkan mungkin adalah hobi Anda, sukan yang Anda minati atau perbuatan berulang yang melekat pada diri Anda. Ada orang minat menyanyi, main games komputer, minat menulis atau minat melukis.

Bagi saya, saya minat menulis, membaca dan menonton. Sometime bila dah malas benar, tidur ada juga sekali sekala. Lepas tu, baru rasa malas hilang, berganti dengan rasa bersemangat.

Bagi sesetengah orang apa yang saya minati nampak janggal, tapi itulah sebenarnya diri saya.

Terimalah hakikat apa yang kita lakukan tak selalunya ngam dengan mata semua orang sebab mereka ada tafsiran masing-masing terhadap tabiat kita. Tugas kita pula, biar ada pendirian, jangan terlalu ikut telunjuk orang lain kerana kita akan hilang jati diri.

Kita boleh terima pendapat orang lain, kritikan orang lain.

Tetapi, fikir dulu, tapi dulu baru terima untuk diri sendiri sebab bila kita ambil semuanya, identiti kita akan bercampur-campur, akhirnya kita keliru lalu hilang arah.

Ok, berbalik pada kisah saya. Saat bangun pagi, memang malas rasanya.

Masuk waktu tengahari, tiba-tiba pula malas dan mengantuk menyerang. Bila selepas isyak, datang lagi rasa malas, saat itu teringin nak melupakan sekejap tugas-tugas juga tanggungjawab yang mesti dibuat.

Jika keadaan yang sama berlaku pada Anda, perlu faham, saat ini minda cuba menguasai Anda, kesannya Anda terdorong untuk merasa khayal. Kita perlukan sesuatu untuk melawannya, lalu menghilangkan rasa mengantuk.

Saat minda aktif atau sedang menumpu pada sesuatu perkara, perbuatan, situasi, analisa atau benda, minda akan menjadi sedikit cergas, maknanya gelombang minda berada di antara gelombang Alpha dan Beta. Jika gelombang minda berada pada paras selepas gelombang Alpha, itu maknanya Anda sedang mengantuk, malas, kurang bertenaga atau kurang bersemangat.

Untuk melawannya, kita perlu fokus pada perbuatan, sikap atau perkara yang kita suka buat. Beri masa khusus, misalnya dalam 30 minit, 45 minit atau satu jam.

Selepas itu, baru kembali semula pada pekerjaan asal kita. Hanya fikiran positif, yang baik-baik saja dapat
menghalangnya.

Cara lain, paksa diri untuk jadi bertenaga. Memula buat memang agak mencabar, lama kelamaan bila dah biasa paksa diri jadi bertenaga dan tak layan malas, akan jadi terbiasa akhirnya.





Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
Daripada : Hamid & Keluarga

Renungan

Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.




Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN ASAS

1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri

Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.

Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?

UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL

Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan.

Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-

a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.

KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN

Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-

a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR

  • Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
  • Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
  • Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
  • Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
  • Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
  • Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
  • Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.

Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.

Renungan

“ Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk”




“Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.”

Formula Kecemerlangan

FORMULA KECEMERLANGAN: BINALAH GOL DAN BERUSAHALAH. ANAK PANAH HANYA BERKESAN SELEPAS IA KELUAR DARI BUSURNYA MENUJU SASARAN

1- KENALI BERLIAN SEBAGAI BERLIAN. Kecemerlangan bermula dengan ilmu. Ilmu diumpamakan seperti permata. Anda tidak akan dapat menghargai berlian jika anda melihatnya sebagai kaca. Justeru binalah kesedaran tentang kepentingan ilmu. Ia seperti berlian. Ingatkan diri tentang nabi Adam. Sebelum menjadi khalifah di bumi baginda menguasai ilmu terlebih dahulu (rujuk al-Baqarah ayat 31). Ingatlah tentang ayat pertama yang dikurniakan kepada nabi Muhammad iaitu “iqrak” dan ia berkaitan dengan penguasaan ilmu yang baik. Ingatkan diri bahawa kita akan merempat tanpa ilmu. Kita akan dimalukan tanpa ilmu. Salah satu contoh yang baik ialah tokoh Islam yang bernama al-Biruni. Ketika beliau sedang nazak, beliau telah diziarahi oleh sahabatnya. Ketika itu beliau terus bertanya tentang satu hukum yang agak sulit berhubung dengan masalah waris pusaka. Berkata sahabatnya, “Sesuaikah untuk kita berbincang tentang perkara ini sekarang?” Al-Biruni menjawab, “Aku lebih suka mati dalam keadaan berilmu daripada jahil.” Kejarlah permata. Kejarlah ilmu.

2- BINALAH GOL. Binalah matlamat YANG JELAS dalam hidup. Dalam bahasa mudah, pastikan dalam hidup ini anda tahu hendak ke mana. Jangan lupa, rasul-rasul yang wajib diimani iaitu nabi Adam, Idris, Noh, Hud, Salih, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakob, Yusuf, Ayub, Syuaib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasak, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad diutus dengan matlamat yang jelas. Dalam surah An-Nahl ayat 36 Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul bagi setiap umat (untuk menyeru), ‘Sembahlah Allah dan jauhilah kesesatan (taghut)’.” Jangan lupa, nabi telah menyatakan kepada sahabat baginda awal-awal lagi bahawa “pada suatu hari nanti kamu akan menguasai istana maharaja Parsi.” Semua ini adalah GOL. Dr Danial sejak di tingkatan dua lagi, alhamdulillah, sudah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor Muslim yang berwibawa. Kemuncaknya ialah kita mahukan keredaaan Allah.

3- USAHA, USAHA DAN USAHA. Jika tidak dipecahkan ruyung bagaimana kan dapat sagunya. Dalam berusaha pasti ada cabaran. Lihatlah kepada GOL selalu agar rangsangan sentiasa diperolehi. Dalam berusaha hendaklah ditentukan jadual dan hendaklah ditingkatkan disiplin. Berkawanlah dengan mereka yang pentingkan USAHA, USAHA DAN USAHA agar dapat saling bantu-membantu.

4- IBADAH DAN DOA. Siapalah kita tanpa bantuan Allah. Justeru ibadah dan doa tidak boleh diperkecilkan sedikit pun. Jagalah solat dan bacalah Quran SETIAP HARI dan fahamilah maksudnya. Saya yakin dengan ini, insya Allah, hidup anda akan berubah dan terus berubah dan terus berubah ke arah kejayaan.

Semoga berjaya.

Berfikiran Positif

ENGKAULAH apa yang engkau fikirkan... . begitulah ungkapan yang menjadi lirik lagu yang sering didendangkan oleh pelajar. Ungkapan di atas bermaksud fikiran membentuk keperibadian individu.

Kita sentiasa menggunakan fikiran ketika belajar, berbincang, bermain malah ketika tidur juga fikiran kita terus berfungsi, tambahan pula apabila bulan peperiksaan hampir tiba. Berbagai-bagai perkara yang difikirkan sama ada yang menyeronokkan atau yang mendukacitakan.

Apabila kita memikirkan sesesuatu yang menyeronokkan, wajah akan menjadi ceria, anggota badan menjadi ringan serta rajin untuk bergerak, jiwa merasa lega kerana tidak menanggung derita dan akhirnya diri akan lebih bersemangat untuk bertindak. Sebagai contoh jika ketika belajar kita memikirkan tentang kejayaan yang bakal kita kecapi, maka sudah tentu apa sahaja kesukaran yang mungkin kita temui dapat diselesaikan walaupun terpaksa bersusah payah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

Sebaliknya jika fikiran kita sentiasa memikirkan tentang masalah yang mendukacitanya kita, maka wajah akan menjadi murung, anggota badan menjadi berat dan malas untuk bergerak, jiwa sentiasa resah serta terseksa dan akhirnya tidak mempunyai semangat untuk bertindak.

Sebagai contoh walaupun hanya sedikit kesukaran yang ditemui ketika belajar ia tidak mungkin dapat diselesaikan jika fikiran kita sentiasa memikirkan perkara-perkara yang negatif seperti kegagalan yang akan ditemui atau rintangan yang diluar daripada kesanggupan diri untuk menyelesaikannya.

Dari dua situasi di atas jelas menunjukkan bahawa pemikiran itu menguasai tindakan di mana akhirnya membentuk keperibadian seseorang.

Justeru, kita perlulah sentiasa berfikiran positif iaitu kita perlulah beranggapan bahawa apa sahaja masalah yang mungkin timbul dapat diselesaikan melalui usaha yang gigih. Setiap tindakan harus dilakukan secara terancang tanpa tergesa-gesa. Kejayaan tidak akan timbul dalam sekelip mata tetapi perlu mengejarnya secara berterusan tanpa berputus asa. Oleh itu jangan ketinggalan masa, bertindaklah segera....anda pasti berjaya!




Kepelbagaian cara belajar

BELAJAR sememangnya menyeronokkan tetapi bagi mereka yang belajar dengan hanya tertumpu pada buku sahaja kadangkala mungkin juga membosankan. Oleh itu murid harus mempelbagaikan bahan, kaedah dan gaya belajar agar ianya menjadi aktiviti harian yang mampu dijalankan tanpa terasa sebagai bebanan.

• Bahan – terdapat pelbagai bahan belajar yang boleh digunakan termasuklah buku teks, akhbar, bahan grafik, lakaran peta minda, bahan audio, video, animasi serta bahan dari internet.

Bahan seumpama ini boleh diperoleh daripada pusat sumber sekolah atau negeri, kedai buku, kedai video dan sebagainya. Bahan yang mempunyai imej atau yang bercirikan multimedia mampu menarik perhatian kita serta mampu mengekal dan menambahkan daya ingatan terhadap fakta-fakta yang dipelajari.

• Kaedah – belajar sendirian adalah suatu amalan yang baik tetapi kadangkala kita mudah rasa jemu, bosan dan mengantuk. Adalah dicadangkan supaya murid-murid mampu berinteraksi atau berbincang dengan rakan-rakan berdasarkan bahan yang dipilih.

Idea yang bernas daripada rakan-rakan mampu memberi maklum balas serta menjadi asas membetulkan kesilapan yang dilakukan. Mencari bahan dengan melayari Internet mampu menambahkan kemahiran penggunaan komputer di samping mendapat bahan atau fakta terkini.

• Gaya belajar – Gaya belajar juga mempengaruhi segala tindakan kita dalam proses mengulang kaji. Oleh itu gaya belajar juga harus dipelbagaikan termasuk kedudukan kita ketika belajar sama ada secara formal berada di kerusi, duduk di lantai atau bersandar di sofa. Ada juga pelajar yang suka belajar sambil mendengar muzik.

Amalan ini boleh dilakukan tetapi dalam keadaan terkawal. Muzik yang didengar itu sebaik-baiknya tidak terlalu kuat sehinggakan hilang daya tumpuan belajar. Walau bagaimanapun anda dilarang mendengar muzik ketika melakukan aktiviti belajar seperti menghafal atau membuat latihan yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi yang banyak menggunakan daya berfikir. Menonton televisyen ketika belajar adalah dilarang sama sekali.

Dalam jangka masa terdekat ini murid-murid harus mempelbagaikan cara belajar masing-masing. Keseronokan ketika belajar harus dirasai agar apa yang dipelajari itu difahami dan akhirnya mampu menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, berkeyakinan dan menepati kehendak soalan.

40 Kesilapan Mendidik Anak-anak

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar Ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.

3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak

Mieds

Definisi Kaunseling

Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah di ketahui umum khususnya di kalangan masyarakat maju. Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus di tempuhi oleh ahli-ahlinya.

Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan tentang kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan di antara seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan. Dengan lain perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secara terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien (orang yang datang berjumpa denga kaunselor). Definasi yang di berikan ini terlalu umum.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982).

Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Ketiga-tiga definasi yang di pilih ini memberikan penekanan kepada proses untuk menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses pembelajaran individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui.

Konsep atau definasi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan lebih komprehensif. Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.

Mengikut ajaran Islam, kaedah kaunseling ini adalah suatu amalan asas yang perlu dipergunakan dalam perhubungan sesama manusia. Amalan nasihat-manasihati dan menjauhi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam merupakan asas dalam didikan Islam.

Walau apapun definasinya, pertemuan antara kaunselor dan klien dalam beberapa sesi kaunseling telah dapat mencapai alternatif terbaik untuk individu mengatasi masalah yang dihadapi agar dirinya dapat berfungsi dengan lebih berkesan di alam persekitarannya.