Motivasi Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah hari yang paling saya suka.
Sebabnya ada dua. Sebab pertama, hari Jumaat adalah hari terakhir di dalam hari bekerja kebanyakan sektor awam. Sebab kedua, hari Jumaat ni adalah hari di mana saya dapat jumpa ramai kenalan di masjid, sembahyang Jumaat sama-sama. Ada kenalan lama, ada kenalan baru..er, jangan salah sangka, semua kenalan lelaki saja.
Dari segi motivasi, hari Jumaat adalah hari yang elok untuk kita jadikan hari kita check balik ‘performance’ kita selama 4 hari yang lepas. Ingat balik kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan di minggu ini kemudian tekadlah memperbaikinya di minggu depan. Selain kita ingat balik kesilapan, kita kena perbanyakaan mengingat pencapaian-pencapaian kita, sama ada pencapaian kecil atau pencapaian besar.
Dapat menyempurnakan sembahyang cukup 5 waktu dengan penuh khusyuk dikira sebagai satu pencapaian yang cukup baik bagi seorang Muslim. Anda patut bangga. Dari rasa bangga tu, muncul semangat untuk bersembahyang dengan lebih baik lagi di lain kali.
Dapat sampai ke tempat kerja kemudian dapat menyiapkan tugasan tepat pada waktunya adalah pencapaian cemerlang bagi seorang pekerja. Dapat mengulangkaji pelajaran kemudian dapat menjawap kesemua soalan ujian di dalam kelas adalah pencapaian yang cukup baik pada seorang pelajar. Wajarlah si pelajar mengingati pencapaian tu supaya dia ada motivasi untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan ketika di peperiksaan besar nanti.
Bila kita dipuji, bila kita berjaya mencapai sesuatu, kita akan merasa gembira lantas merasa yakin. Rasa yakin yang timbul tu membuat kita melaksanakan perkara yang sama di lain kali dengan cukup bagus, hebat sekali dengan kesilapan minima.
Kita langsung tak ada keraguan. Sebab itulah pencapaian kita bagus.
Dalam pada itu kita kumpulkan kekuatan untuk menghadapi dugaan-dugaan yang akan mendatang.
Kita tak tahu cemana rupa cabaran yang akan kita temui nanti.
Mungkin ada cabaran yang senang, mungkin ada yang susah, mungkin ada juga yang cukup susah. Walau apapun rupanya nanti, kita kena bersedia.
Moga hari Jumaat dalam minggu ni memberi suntikan motivasi buat diri Anda. Mari bersama-sama memasang tekad mahu menjadikan hari-hari yang seterusnya hari yang terbaik buat kita – di hari itu kita memasang tekad berfikir yang baik-baik, bersangka yang baik-baik, berkata hanya yang baik-baik supaya dengan itu urusan kita dipermudahkan, permasalahan kita dikurangkan.

Kita Gagal Sebab Kita Disuruh Berjaya

Sebut pasal gagal, ramai orang tak suka cakap.
Gagal ni menyakitkan. Tiap kali ingat usaha-usaha kita yang gagal, kita jadi sakit hati.
Untuk membuat kita bermotivasi sentiasa, kita perlu bersangka baik pada apa jua perkara. Ini termasuklah bersangka baik pada kegagalan. Kegagalan amat baik buat diri kita kerana ia membuat kita semakin maju ke depan sebab kita rasa tercabar.
Kita gagal sebab kita disuruh untuk berjaya. Bila dah gagal, itu maknanya kita kena buat lagi dengan lebih baik di masa akan datang. Buat lagi. Andai kata gagal sekali lagi, buat lagi sampai betul-betul menjadi.
Gagal hanyalah satu proses menuju kejayaan.
Setiap orang yang mahu berjaya pasti akan melaluinya. Di dalam kesusahan, ada kesenangan-kesenangan yang kita tak nampak. Semua kesenangan-kesenangan tu menanti untuk kita garap, untuk kita genggam di dalam tangan kita.
Kegagalan amat suka pada orang yang tak berhenti berusaha. Dia usaha, usaha, usaha tanpa mengenal erti penat lelah.
Kegagalan tak suka pada orang yang usahanya hanya sementara, sebab itulah orang yang usahanya asyik berubah-ubah langsung tak pernah mencapai apa-apa kejayaan. Lihat sekeliling Anda, kita leh nampak ada banyak orang camni.
Tak ada cara mudah untuk berjaya, tak ada ’shortcut’ atau jalan pintas.
Anda kena berusaha keras. Anda kena menempuh kegagalan, barulah Anda beroleh kejayaan. Mulai hari ini, serapkan dalam minda yang kegagalan tu sebenarnya bukanlah perkara yang menyakitkan, sebaliknya ia perkara yang baik untuk mendidik Anda menjadi dekat dengan kejayaan.
Secara saikologinya, kita kena dilatih bersusah-susah dahulu, barulah kita boleh beroleh kejayaan.
Jika kita beroleh kejayaan dahulu sebelum bersusah-susah, kejayaan yang kita peroleh tu tak kekal lama, bahkan kita tak akan merasa berdaya mencapai kejayaan-kejayaan seterusnya yang jauh lebih besar, lebih hebat pencapaiannya dari kejayaan sedia ada. Lagipun, minda kita kurang ‘matang’ apabila kita bersenang-senang dulu sebelum kita bersusah-susah.

Mengatasi Kegagalan

Elakkan bergaul dengan orang-orang gagal. Kurangkan.

Kita akan terus gagal apabila bergaul dengan orang gagal.

Bergaul dengan orang gagal yang ada semangat nak berjaya, itu boleh. Bergaul dengan orang gagal yang tak nak keluar dari lembah kegagalan, itu tidak berapa bagus sebab kita akan terpengaruh dengan mindset kegagalan yang diorang guna pakai.

Nak mengeluarkan diri kita dari kegagalan, kita kena dekatkan diri dengan orang yang mahu berjaya. Dapat kenal ngan orang berjaya pastu rapat ngan dia, itu lagi bagus. Aura kejayaan yang terpancar dari dirinya akan meresap masuk ke dalam fikiran kita lantas tersimpan kukuh di minda kita.

Apa yang kita semat di hati, niat kita tu, akan naik ke minda. Minda pula akan bertindak merealisasikannya. Bukan saya yang kata, Dr Tuah kata camtu.

Untuk kita keluar dari kegagalan, niatkan betul-betul di dalam hati yang Anda tidak mahu lagi asyik gagal. Selepas itu, bertindaklah menuju kejayaaan dan jangan pernah menoleh ke belakang lagi. Ubah mindset.

Jangan kata mahu keluar dari lembah kegagalan, sebaliknya katakanlah pada diri sendiri Anda mahu masuk ke lembah kejayaan supaya Anda boleh mencapai berbagai-bagai kejayaan, sama ada kejayaan yang kecil atau kejayaan yang besar dalam bidang yang Anda ceburi sekarang ini.

Gunakan mindset “mencapai kejayaan“, bukan mindset “keluar dari kegagalan“. Hati-hati. Kedua-dua mindset tu memberi impak berlainan pada diri Anda. Saya terangkan ya.

Apabila Anda menggunakan mindset “mencapai kejayaan” Anda akan terjumpa dengan orang-orang yang semangatnya tinggi mahu berjaya dan orang-orang yang sudah berjaya. Semangat Anda nak berjaya akan membara sepanjang masa sebab Anda terpengaruh oleh orang-orang yang dekat dengan Anda tadi.

Sebaliknya apabila Anda menggunakan mindset “keluar dari kegagalan” Anda bagaikan berada di dalam tekanan. Kegagalan lalu seperti selalu menghantui Anda dan selalu mengikuti Anda ke mana saja Anda pergi. Kegagalan lalu menjadi beban yang amat berat buat Anda. Kesannya, nak mencapai kejayaan terasa sukar. Anda terasa ia berat untuk dilakukan.

Hari ini, kurangkan bergaul dengan orang gagal, orang yang dekat dengan kegagalan dan orang-orang yang suka bercakap pasal kegagalan. Walaupun orang gagal tu kawan Anda sendiri, Anda kena berkorban. Terimalah hakikat dia tidak ditakdirkan untuk bersama-sama dengan Anda.

Kurangkan bergaul dengan diorang sebab mindset kegagalan yang tersimpang di minda diorang akan menjangkiti minda Anda lantas membentuk Anda menjadi seperti mereka – suka bercakap pasal kegagalan yang akhirnya membuat Anda terus menerus dihantui kegagalan, bukan disinari oleh api kejayaan dalam perjalanan Anda memburu hasil cemerlang dalam setiap perkara yang Anda lakukan. Semua itu akan membuat Anda merasa sukar untuk mencapai kejayaan simply sebab Anda ‘terkurung’ di dalam mindset kegagalan.

Berdisiplin Dalam Menjaga Fikiran

Dalam artikel lalu saya ada kata kita akan mengalami kesukaran mengawal tanggapan-tanggapan liar yang ada di fikiran kita.

Pada peringkat permulaan, kita akan merasa agak sukar. Sebab, kita sudah terbiasa dengan tanggapan-tanggapan liar tu dan ia menjadi sesuatu yang normal buat kita. Dalam diri kebanyakan orang, kita sudah terbiasa melayan tanggapan-tanggapan liar.

Dalam hidup, setiap perkara mesti ada DUA.

Baik dan buruk, siang dan malam, positif dan negatif, lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan sangkaan-sangkaan kita.

Ada sangkaan-sangkaan buruk, ada sangkaan-sangkaan baik. Kita lebih banyak terdorong untuk bersangka buruk sebab setiap hari kita join orang lain tengok berita yang buruk-buruk, berkata hal yang buruk-buruk, berfikir yang buruk-buruk serta berkata yang buruk-buruk terutama ketika saat kita sakit hati pada sikap seseorang.

Untuk melatih diri kita supaya sentiasa bersangka baik, kita perlu berdisiplin. Tak ada cara lain lagi melainkan berdisiplin. Kita boleh mintak orang lain menilai kita dan mengkritik kita supaya kita boleh tahu kita ni berdisiplin ke tidak.

Elak untuk membiarkan fikiran-fikiran negatif dan tanggapan-tanggapan negatif menguasai Anda. Tiap kali Anda dapati fikiran Anda mengarah kepada fikiran negatif, tukar cepat-cepat. Buang sangkaan-sangkaan buruk dan fikiran-fikiran buruk. Semua tu termasuk dalam kategori fikiran negatif. Kena sedar ya.

Anda perlu mengingatkan diri sendiri, kena selalu ‘alert’ dengan fikiran Anda terutama ketika Anda sedang bersendirian atau ketika fikiran melayang. Berhati-hati dengan apa yang kita selalu fikirkan.

Fikiran buruk menarik situasi-situasi buruk ke dalam hidup kita lalu membuatkan hidup kita penuh dengan masalah-masalah yang tak pernah berkesudahan.