Motivasi Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah hari yang paling saya suka.
Sebabnya ada dua. Sebab pertama, hari Jumaat adalah hari terakhir di dalam hari bekerja kebanyakan sektor awam. Sebab kedua, hari Jumaat ni adalah hari di mana saya dapat jumpa ramai kenalan di masjid, sembahyang Jumaat sama-sama. Ada kenalan lama, ada kenalan baru..er, jangan salah sangka, semua kenalan lelaki saja.
Dari segi motivasi, hari Jumaat adalah hari yang elok untuk kita jadikan hari kita check balik ‘performance’ kita selama 4 hari yang lepas. Ingat balik kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan di minggu ini kemudian tekadlah memperbaikinya di minggu depan. Selain kita ingat balik kesilapan, kita kena perbanyakaan mengingat pencapaian-pencapaian kita, sama ada pencapaian kecil atau pencapaian besar.
Dapat menyempurnakan sembahyang cukup 5 waktu dengan penuh khusyuk dikira sebagai satu pencapaian yang cukup baik bagi seorang Muslim. Anda patut bangga. Dari rasa bangga tu, muncul semangat untuk bersembahyang dengan lebih baik lagi di lain kali.
Dapat sampai ke tempat kerja kemudian dapat menyiapkan tugasan tepat pada waktunya adalah pencapaian cemerlang bagi seorang pekerja. Dapat mengulangkaji pelajaran kemudian dapat menjawap kesemua soalan ujian di dalam kelas adalah pencapaian yang cukup baik pada seorang pelajar. Wajarlah si pelajar mengingati pencapaian tu supaya dia ada motivasi untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan ketika di peperiksaan besar nanti.
Bila kita dipuji, bila kita berjaya mencapai sesuatu, kita akan merasa gembira lantas merasa yakin. Rasa yakin yang timbul tu membuat kita melaksanakan perkara yang sama di lain kali dengan cukup bagus, hebat sekali dengan kesilapan minima.
Kita langsung tak ada keraguan. Sebab itulah pencapaian kita bagus.
Dalam pada itu kita kumpulkan kekuatan untuk menghadapi dugaan-dugaan yang akan mendatang.
Kita tak tahu cemana rupa cabaran yang akan kita temui nanti.
Mungkin ada cabaran yang senang, mungkin ada yang susah, mungkin ada juga yang cukup susah. Walau apapun rupanya nanti, kita kena bersedia.
Moga hari Jumaat dalam minggu ni memberi suntikan motivasi buat diri Anda. Mari bersama-sama memasang tekad mahu menjadikan hari-hari yang seterusnya hari yang terbaik buat kita – di hari itu kita memasang tekad berfikir yang baik-baik, bersangka yang baik-baik, berkata hanya yang baik-baik supaya dengan itu urusan kita dipermudahkan, permasalahan kita dikurangkan.

0 comments: