Mengatasi Kegagalan

Elakkan bergaul dengan orang-orang gagal. Kurangkan.

Kita akan terus gagal apabila bergaul dengan orang gagal.

Bergaul dengan orang gagal yang ada semangat nak berjaya, itu boleh. Bergaul dengan orang gagal yang tak nak keluar dari lembah kegagalan, itu tidak berapa bagus sebab kita akan terpengaruh dengan mindset kegagalan yang diorang guna pakai.

Nak mengeluarkan diri kita dari kegagalan, kita kena dekatkan diri dengan orang yang mahu berjaya. Dapat kenal ngan orang berjaya pastu rapat ngan dia, itu lagi bagus. Aura kejayaan yang terpancar dari dirinya akan meresap masuk ke dalam fikiran kita lantas tersimpan kukuh di minda kita.

Apa yang kita semat di hati, niat kita tu, akan naik ke minda. Minda pula akan bertindak merealisasikannya. Bukan saya yang kata, Dr Tuah kata camtu.

Untuk kita keluar dari kegagalan, niatkan betul-betul di dalam hati yang Anda tidak mahu lagi asyik gagal. Selepas itu, bertindaklah menuju kejayaaan dan jangan pernah menoleh ke belakang lagi. Ubah mindset.

Jangan kata mahu keluar dari lembah kegagalan, sebaliknya katakanlah pada diri sendiri Anda mahu masuk ke lembah kejayaan supaya Anda boleh mencapai berbagai-bagai kejayaan, sama ada kejayaan yang kecil atau kejayaan yang besar dalam bidang yang Anda ceburi sekarang ini.

Gunakan mindset “mencapai kejayaan“, bukan mindset “keluar dari kegagalan“. Hati-hati. Kedua-dua mindset tu memberi impak berlainan pada diri Anda. Saya terangkan ya.

Apabila Anda menggunakan mindset “mencapai kejayaan” Anda akan terjumpa dengan orang-orang yang semangatnya tinggi mahu berjaya dan orang-orang yang sudah berjaya. Semangat Anda nak berjaya akan membara sepanjang masa sebab Anda terpengaruh oleh orang-orang yang dekat dengan Anda tadi.

Sebaliknya apabila Anda menggunakan mindset “keluar dari kegagalan” Anda bagaikan berada di dalam tekanan. Kegagalan lalu seperti selalu menghantui Anda dan selalu mengikuti Anda ke mana saja Anda pergi. Kegagalan lalu menjadi beban yang amat berat buat Anda. Kesannya, nak mencapai kejayaan terasa sukar. Anda terasa ia berat untuk dilakukan.

Hari ini, kurangkan bergaul dengan orang gagal, orang yang dekat dengan kegagalan dan orang-orang yang suka bercakap pasal kegagalan. Walaupun orang gagal tu kawan Anda sendiri, Anda kena berkorban. Terimalah hakikat dia tidak ditakdirkan untuk bersama-sama dengan Anda.

Kurangkan bergaul dengan diorang sebab mindset kegagalan yang tersimpang di minda diorang akan menjangkiti minda Anda lantas membentuk Anda menjadi seperti mereka – suka bercakap pasal kegagalan yang akhirnya membuat Anda terus menerus dihantui kegagalan, bukan disinari oleh api kejayaan dalam perjalanan Anda memburu hasil cemerlang dalam setiap perkara yang Anda lakukan. Semua itu akan membuat Anda merasa sukar untuk mencapai kejayaan simply sebab Anda ‘terkurung’ di dalam mindset kegagalan.

0 comments: