“Kami Mengajar Semua Orang Besar ….”
MENGHADAPI PEPERIKSAAN 2011
1.YAKIN PADA DIRI DAN KETENTUAN ALLAH
2.MULAKAN DENGAN NAMA ALLAH,SELAWAT NABI DAN DOA PADA ALLAH.
3.TENANGKAN HATI DAN FOKUSKAN MINDA
4.SUSUN MASA,BACA DAN FAHAMKAN ARAHAN DAN SOALAN
5.JAWAB DENGAN YAKIN,TENANG DAN PASTI.YG KURANG PASTI,TINGGALKAN DULU.
6.KALAU TERINGAT SESUATU JAWAPAN UNTUK SOALAN YG LAIN,TULISKAN DIATAS SOALAN ITU.
7.KALAU DAH HABIS JAWAPAN,ULANG SEKALI LAGI,TAKUT ADA YANG TERTINGGAL,UMPAMANYA PADA JAWAPAN YANG YG KURANG PASTI.
8.JANGAN MUDAH PUAS HATI ATAU MENGALAH ATAU CEPAT KECEWA.JANGAN MALU MENGULANGI APA YANG DAH DIJAWAB.
9.PERSEDIAAN ROHANIAH,SPT SOLAT JANGAN TINGGAL,SOLAT HAJAT SETIAP
HARI,JANGAN BERCAKAP YANG MEMBAZIR,MAKAN MAKANAN YANG BAIK DAN HALAL,POHON RESTU DAN DOA IBU BAPA SEPANJANG MASA.
10.IBU BAPA DIGALAKKAN BERPUASA DAN MENDOAKAN KEMUDAHAN,KESELAMATAN DAN KEJAYAAN DARI ALLAH.INSYA ALLAH SOA ORANG YANG BERPUASA KERANA ALLAH AKAN DIMAKBULKAN ALLAH.
SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN ANDA DAN MENGHINDARKAN SEGALA KESUKARAN.DAN AGAR ALLAH MEMBERI RAHMAT DAN BARAKAHNYA SEMASA KITA MENUNTUT ILMU YANG DIWAJIBKAN KEATAS KITA. AMIIN.
SALAM SAYANG TOK ABIN
1.OKT.2011
Amalan Yang Baik Untuk Dilakukan.
AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG
Assalamualaikum,
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Insyallah.