”Kami mengajar semua orang
besar. Oleh sebab itu kami lebih besar daripada semua orang besar ” – Socrates
Sungguh agung profesion perguruan. ”
Sesiapa yang mengajar tiga perkataan maka telah layak menjadi guru” dan ”berdosa
orang yang melawan guru” kata orang tua-tua. Begitu mulia profesion perguruan.
Dalam kad ucapan hari guru, sering ditulis kata-kata ” kau umpama lilin,
membakar diri sendiri menerangi orang lain”, sungguh sedih kata-kata itu.
Sesungguhnya, guru matang tidak akan
memusnahkan diri sendiri, membimbing dan mendidik adalah satu kerjaya. Hanya
Tuhan yang tahu betapa gembiranya guru apabila pelajarnya mendapat kejayaan.
Jika guru mati, profesionya dibawa ke kubur. ”Itu kubur siapa ?” ”Itu kubur
cikgu .....” Profesion guru bukan tamat dikubur.
Ganjaran pahala akan bertambah
selagi pelajarnya mendapat manfaat. Pahala ini akan terus didapati jika ilmu itu diperturunkan oleh pelajarnya
kepada pelajar-pelajar lain. Seperti konsultan mendapat bonus daripada pembekal jualan, bahkan lebih
daripada itu, kerana bonus pahala berterusan hingga selepas mati.
Banyak sungguh pahala cikgu tetapi
jika guru menyeleweng seperti berpolitik dan berniaga di sekolah maka banyak
sungguh dosa cikgu sekiranya anak didik terabai. Senang bagi guru dapat pahala
atau dosa......
Mengajar sesuatu ilmu kadangkala
boleh disamakan dengan petani yang bercucuk tanam. Jika mahu hasil yang baik
tanamlah biji benih yang baik. Pepatah cina ada mengatakan ” kalau inginkan
hasil dalam semusim tanamlah bijian, Kalau inginkan hasil dalam setahun
tanamlah pokok. Kalau inginkan hasil berabad lamanya didiklah manusia.” Manusia
merupakan ciptaan Tuhan yang paling istimewa.
Sumber manusia merupakan sumber
tenaga untuk menjamin masa depan. Masa depan bergantung kepada pengetahuan yang
diajar masa kini. Nabi Muhamad s.a.w ada bersabda yang bermaksud : hendaklah
kamu tergolong dalam salah satu golongan ini :
1. Golongan Guru
2. Golongan pelajar
3. Golongan pendengar
Kami termasuk
dalam golongan guru. Ajarlah anak didik, tidak ada cara lain bagi pemupukan
generasi kamil selain daripada pengajaran yang bermanfaat. Ajarlah mereka, jika
kurang ajaran, jadilah mereka ’kurang ajar.’
Selamat Hari Guru
dan Selamat Mengajar.
1 comments:
شركة كشف تسربات المياه بالخبر
شركة الماسة لمكافحة الحشرات بالرياض
Post a Comment