ESQ 165 Mencari Keseimbangan Diri

Manusia sentiasa berlumba-lumba untuk mendapatkan apa yang diingini dalam masa yang pantas tanpa menyedari kehendak mereka itu belum tentu dapat memberi kebahagiaan atau kepuasan diri.

Oleh sebab itu, manusia sentiasa mengalami keresahan dan kegelisahan yang luar biasa sehingga menyebabkan mereka terasing daripada diri sendiri. Keadaan itu mengakibatkan wujudnya fenomena seperti gangguan jiwa, moral dan masalah sosial di kalangan mereka yang tidak mengira usia, pangkat mahupun tahap pendidikan.

Masyarakat pula sering membangkitkan sebab wujudnya masalah sosial seperti rasuah, penagihan dadah ataupun membunuh dan cenderung menyalahkan sesuatu pihak apabila ia terjadi. Sering kali juga kita cuba mencari jawapan kepada segala permasalahan yang wujud di kalangan masyarakat hari ini kerana ia sukar diselesaikan.

Sama ada sedar atau tidak, kecerdasan emosi dan rohani atau Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) yang tidak seimbang sebenarnya punca kepada berlakunya masalah tersebut dan kegagalan manusia mencari jawapan kepada apa yang diperlukan dalam hidup.

ESQ juga sebenarnya amat berhubung kait dengan pembangunan modal insan yang membentuk peribadi manusia yang baik dan masyarakat boleh dilatih supaya kecerdasan emosi dan rohani dapat diseimbangkan.

Di Malaysia, pembangunan modal insan mula diperluaskan oleh pemimpin kerajaan kerana mahu rakyat negara ini sedar betapa pentingnya mempunyai keperibadian diri yang unggul dalam membangunkan negara.

Menyedari perkara itu, ESQ Leadership Center Sdn. Bhd., sebuah syarikat konsultan, mula memperkenalkan latihan bercorak pembangunan modal insan kepada pelbagai golongan masyarakat di negara ini terutamanya profesional dan pelajar.

Latihan tersebut yang berteraskan ajaran agama Islam diperkenalkan bertujuan melahirkan manusia yang unggul dari sudut emosi dan kerohanian dengan cara mengembangkan potensi diri. Angka 165 merupakan simbol bagi satu hati yang ihsan, enam prinsip moral berdasarkan Rukun Iman dan lima langkah kejayaan berteraskan Rukun Islam.

Namun, kecerdasan emosilah yang lebih mampu menentukan kejayaan seseorang kerana sering kali terbukti bahawa orang yang memiliki kecerdasan otak sahaja atau memiliki gelaran tinggi, belum tentu akan berjaya.

Apa yang lebih menarik, ESQ turut mengutarakan proses penjernihan emosi dalam latihan ESQ yang diperkenalkan iaitu terdiri daripada tujuh belenggu yang menyebabkan manusia menjadi ‘buta’ sehingga terjerumus dalam kejahatan, kecurangan, kekerasan ataupun kerosakan.
Kesemua tujuh faktor itu mampu mempengaruhi cara berfikir manusia dan oleh itu kita patut mengenali faktor-faktor keruntuhan itu dan melihatnya secara jelas. Subahanallah.

3 comments:

Anonymous said...

Aslkm,paggii,antara untaian mutiara yg boleh dinikmati bersama:
1.Memberi lebih mulia dari meminta.
2.Ilmu yang berguna hanya berfaedah kalau disebarkan kpd yg lain utk dikongsi bersama kemuliaannya
3.Keikhlasan dan kasih sayang jelas terpancar diwajah dan perbuatan hasil dari lintasan suara hati yang bersih dan murni
4.Tidak rugi berbelanja dan ambil masa untuk tingkatkan ilmu.
5.Sentiasa berfikiran positif dan applykan serta sinergikan apa jua tindaktanduk kita dengan AsmaUl Husana.Salam 165.Paman

Anonymous said...

alhamdulillah, well done

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia !

ESQ Parenting Seminar
"Better Parenting for a Better World"

Pada 10/10/10 (Ahad)
di SACC, Shah Alam
akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
(Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

Harga : RM740
Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) - terhad hanya untuk pasangan sahaja
Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

(i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
(ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
(iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
(iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

''Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan''

Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

Terima kasih.

Wassalam..