AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG
Assalamualaikum,
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Insyallah.
Amalan Yang Baik Untuk Dilakukan.
Katakannya, 18 Kata-kata Ringkas Dengan Makna Yang Mendalam
Jelasnya, ianya tidak memakan masa yang lama untuk kita menyedari bahawa kata-kata itu memberi kesan yang mendalam lebih dari yang kita sangkakan. Ianya mempengaruhi pemikiran, perasaan, tindakan dan keadaan minda kita. Malah kata-kata yang ringkas pun sering membawa maksud yang besar.
Cuba fikirkannya. Sama ada anda mahukan kerja idaman anda, memperbaiki persahabatan anda, menyelamatkan perkahwinan anda atau mengikat pekerja-pekerja anda, kata-kata yang anda pilih untuk dikatakan boleh memberi seribu perbezaan. Kata-kata ringkas, yang sering kita ambil ringan, mempunyai kuasa untuk melukakan atau menyembuh, untuk memberi inspirasi atau melemahkan, untuk membantu atau menyekat.
Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.
1. Terima kasih.
Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.
2. Saya maafkan awak.
Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.
3. Saya sayangkan awak.
Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.
4. Saya sudah salah.
Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.
5. Awak cantik.
Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.
6. Tak apa.
Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.
7. Saya faham.
Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”
8. Awak selamat.
Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.
9. Saya mengagumi awak.
Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.
10. Saya sokong awak.
Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.
11. Awak boleh lakukannya.
Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.
12. Awaklah orangnya.
Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.
13. Ini semuanya untuk awak.
Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.
14. Saya ada di sini untuk awak.
Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.
15. Kerja yang hebat.
Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.
16. Saya rindu awak.
Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.
17. Awak penting.
Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.
18. Maafkan saya.
Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.
Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah; orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya; jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda.
“I have a dream” – Martin Luther King.
Apa impian Anda? Sanggupkah Anda berusaha keras mencapainya? Jikalau sanggup, kenapa Anda sanggup? Jikalau tak sanggup, kenapa pula tak sanggup? Sebab Anda merasakan Anda tak boleh capai atau Anda merasakan impian Anda kurang realisitik?
Ada orang sungguh bermotivasi mencapai impian kerana impian itu sungguh bermakna kepadanya dan kepada orang lain di sekelilingnya.
Sebuah impian sebenarnya bersifat tidak realistik namun usaha orang yang mahu mencapaianya menjadikan impian yang ‘impossible’ tu menjadi sebuah impian yang ‘possible’ hingga menjadi impian realistik yang menjadi realiti. Sebagai contoh, impian berjalan di bulan merupakan impian mustahil namun Neil Armstrong (manusia pertama menjejakkan kaki di bulan) menjadikan impian itu satu kenyataan.
Impian mencipta telefon tanpa keypad satu impian gila namun Steve Jobs menjadikannya impian gila itu satu kenyataan realitistik pada tahun 2007. Hari ini, iPhone yang dianggap telefon ‘gila’ kini diangkat sebagai telefon pintar berpestasi tinggi yang menjadikan ia adalah sebuah telefon bimbit tanpa keypad, hanya menggunakan sentuhan jari sahaja.
Jenama telefon lain kini mengikuti iPhone, maka muncullah jenama telefon pintar miri[ seperti iPhone dikeluarkan HTC, LG, Nokia, Samsung hingga Acer yang sinonim dengan jenama komputer kini turut mengeluarkan telefon pintarnya sendiri dengan fungsi ‘touch screen’ dan ‘virtual keypad’.
Impian Marting Luther King adalah untuk menjadikan Amerika sebuah negara maju. Pada hari ini, impian itu telah berjaya dicapai. Impiannya yang lain adalah untuk melihat tiada perbezaan warna kulit antara semua bangsa penduduk di Amerika.
Akhirnya pada hari ini, Amerika mendapat seorang Presiden yang berkarisma. Paling membanggakan, dia berkulit hitam dan menjadi Presiden kulit hitam pertama di Amerika. Namanya, Barack Obama.
Impian, walaupun mustahil namun baik untuk merubah hidup. Orang yang tidak ada impian, samalah seperti orang yang tidak ada keingininan mahu merubah hidup.
Impikan sebuah impian. Nescaya Anda akan bergerak ke hadapan.
Motivasi Ibarat Kunci

SETIAP manusia pasti pernah mengalami perasaan putus asa atau hilang motivasi diri. Semangat yang sebelum ini menyala bak api musnah dek perkara yang dikejar masih tidak kesampaian dan dibelenggu pelbagai masalah. Ia sekali gus mewujudkan satu tekanan yang melumpuhkan seluruh sistem saraf kita.
Kesemuanya kelihatan lesu dan tidak bermaya. Motivasi ibarat kunci dalam menghidupkan enjin.
Motivasi adalah satu keperluan. Meskipun konsepnya kurang difahami namun ia adalah proses dalam merealisasikan matlamat yang diingini. Kita harus tahu cara-cara untuk memotivasikan diri. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang luntur semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.
Motivasi yang datang dalam diri adalah lebih berkuasa daripada motivasi dari luar. Ia mampu memberikan anda satu penghormatan, penghargaan dan kepuasan di samping meraih prestasi dalam bidang yang dilakukan. Berikut tip untuk membangkitkan semula semangat anda yang hilang:
Berjuang
Kadang-kadang kita perlu memberikan sedikit desakan pada minda. Duduk termenung dan bermain dengan emosi hanya menyebabkan diri terus berada di awang-awangan. Cuba katakan pada diri sendiri bahawa anda harus segera sampai ke sasaran yang diingini. Langkah sebegini secara tidak langsung mampu memprogramkan semula diri supaya anda bertindak segera dalam sebarang perkara yang anda lakukan.
Merehatkan minda sementara
Ada ketikanya motivasi akan hilang disebabkan bebanan kerja yang terlalu banyak dan mendesak. Situasi sebegini mengakibatkan diri rasa tertekan seterusnya menghilangkan tumpuan dan mewujudkan perasaan malas. Cuba berehat sebentar. Mendengar muzik sambil menyanyi mampu mengeluarkan tekanan dari dalam diri kita.
Selain itu, cuci mata dengan memandang persekitaran anda. Mungkin ada objek yang mampu menaikkan semangat anda semula. Contohnya buruh binaan yang sanggup berhempas pulas di bawah panas terik matahari untuk mencari rezeki.
Fahami tujuan hidup
Sekiranya anda hilang motivasi, jangan hanya menyerahkan hidup kepada nasib. Ini mempengaruhi kekuatan diri kita seterusnya membenarkan kegagalan hadir dalam hidup kita.
Menyandarkan kehidupan kepada nasib adalah perkara yang tidak berguna dan dianggap bodoh. Tanam dan timbulkan semula sifat tanggungjawab dan mengasihi diri sendiri. Sekali anda merasa mampu mengawal hidup kekalkan pendirian tersebut. Hidup yang tidak memiliki arah hidup lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
Berfikiran positif
Terdapat sesetengah individu melihat musibah dan masalah yang dihadapi sebagai satu perkara yang membebankan. Namun sebenarnya ia adalah satu proses kehidupan yang perlu ditempuhi oleh setiap manusia. Berfikiran positif dapat membuatkan seseorang berdaya maju dan menjalani segala rintangan tanpa dibebani seribu perasaan buruk dan takut.
Lupakan masa silam
Jangan biarkan diri anda terus dihimpit kenangan yang menyedihkan atau kegagalan lalu. Ia mungkin menjadi beban seterusnya memusnahkan motivasi diri. Mungkin sebelum ini kita pernah melakukan kesalahan dan mengecewakan orang lain namun biarkan ia berlalu. Betapa kuat anda memikirkannya hakikatnya ia tidak akan berubah. Mulakan hari baru anda dengan sentiasa merebut peluang.
Bayangkan kejayaan yang pernah diperoleh. Gunakan momen tersebut untuk memotivasikan diri menjadi personaliti yang baru.
Sentiasa berfikir bahawa peluang akan sentiasa ada sekiranya kita rajin berusaha untuk mencorakkan masa depan kita menjadi yang lebih baik.
Kata-Kata Motivasi
“if you live to other people’s expectation, you will kill your potential. But if you live your life based on what you want to achieve, what you enjoy doing and what you want to be,you your potential is limitless! Follow to your heart – Andrew Matthews.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, Anda akan membunuh potensi diri Anda sebab Anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.
Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri Anda. Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbil rasa dengki, iri hati, sakit hati.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’, mahu mencapai apa yang Anda impikan, Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak ada had! Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.
Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.
Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan Anda.
Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran. Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.
Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.
5 Sikap Positif Yang Perlu Dibina Pada Awal Tahun 2011
1. Berhenti mengomplen.
Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi negatif seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. JIka Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.
2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.
Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda lebih bagus, lebih pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain. Anda tak ada dorongan nak berusaha, sebab Anda sakit hati.
3. Banyak berfikir memperbaguskan diri
Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga tepi kain orang lain. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan pencapaian mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya.
4. Hormati, kagumi, sanjungi.
Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat Anda bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,pangkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Ini menjadikan Anda sentiasa bermotivasi lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya sebab kesenangan hati orang yang selesa bergaul dengan Anda akan menjadi doa kejayaan Anda. Kebencian orang pada Anda akan menjadi doa juga, iaitu doa untuk menjatuhkan Anda. Buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat.
5. Doakan orang lain supaya jadi berjaya.
Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Bantu orang lain untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk berjaya. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.
