CIRI-CIRI POSITIF PEKERJA CEMERLANG

Dari pemerhatian teliti, seorang pekerja cemerlang memiliki 7 ciri-ciri berikut :

*Kerja adalah hobi baginya, kerja macam dah bukan kerja.
*Datang awal, balik lambat.
*Sangat mementingkan disiplin.
*Kualiti kerja lebih dari kualiti yang biasa-biasa.
*Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja walau siapapun mereka.
*Waktu kerja 8 jam, dia balun sampai 10 jam. Kekadang 12 jam!
*Memberi idea unik yang tak terfikir oleh sesiapa untuk memajukan tempat kerja.
*Sentiasa berpakaian kemas, air mukanya tenang selalu.

Jika kita tekad nak membentuk diri memiliki ciri-ciri positif pekerja cemerlang , ubah sikap kepada salah satu daripada 7 sikap di atas. Mula-mula memang agak susah, tapi selalu berlatih akan membuat Anda semakin cekap, semakin terbiasa. Cuba berlakon jadi pekerja cemerlang.

Paling penting, dalam proses berubah, kena banyak bersabar, mesti tahan hati mendengar cakapan-cakapan orang di tempat kerja. Mereka kurang senang melihat sesiapa saja sibuk memajukan diri. Cemburu sebegini perkara biasa di mana-mana. Bak kata Dr HM Tuah, Phd (penyakit hasad dengki).

Apa yang Anda perlu buat? Biarkan saja mereka. Fokus 100% pada diri Anda dulu. Biarkan, walaupun kekadang cakapan-cakapan mereka agak pedas (semata-mata untuk membuat hati Anda jadi panas!).

3 comments:

Cikgu Nadarajan Thambu said...

Very good..Tuan hamba ada banyak maklumat....teruskan ..kalau boleh masukkan gambar/video yang ada cerita motivasi...ok ...good

Khai2020 said...

Saya dah bagitau banyak kali. Tambah imej lg menarik.Betul tak???

min said...

bgus2... tp kna tmbh lg